Yuna Berkolaborasi Dengan Band Owl City

Yuna Berkolaborasi Dengan Band Owl City

KUALA LUMPUR – Bagi peminat yang sering mengikuti perkembangan anak watan Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna, yang kini merentas dunia mempertaruhkan muzik dan bakatnya pasti akan gembira dengan sebuah lagi pencapaian yang diraih penyanyi berusia 27 tahun ini.
Pada tahun lalu, buat pertama kalinya Yuna secara tidak langsung telah terlibat dalam produksi bertaraf antarabangsa di mana dia telah menyanyikan semula sebuah lagu daripada band ternama The Beatles, Here Comes The Sun untuk dimuatkan dalam filem arahan Oliver Stone, Savages.
Ternyata bakat yang dimiliki artis naungan David Foster ini diperhatikan ramai hingga pihak Dreamworks yang terkenal dengan filem-filem animasi hebat seperti Madagascar itu telah menyunting Yuna untuk menjayakan runut bunyi filem animasi terbaru mereka.
Runut bunyi atau soundtrack yang berjudul Shine Your Way itu dinyanyikan oleh kumpulan muzik Owl City yang pernah popular dengan lagu Fireflies melalui suara vokalisnya, Adam Young dan menampilkan Yuna di dalam lagu tersebut. Pautan lagu tersebut yang ada disini juga diambil daripada laman Youtube rasmi Owl City.
Sebelum ini ada laporan mengatakan Yuna telah dibayar sebanyak USD40,000 untuk menyanyikan lagu runut bunyi ini. Namun penyanyi itu mengatakan bayaran tersebut bukanlah menjadi miliknya seorang kerana dia kini bernaung dibawah Verve Music Group.
Filem animasi The Croods dijangka bakal menemui para penonton pada akhir bulan ini. Animasi berkisarkan alam purba atau pra-sejarah itu telah meminjamkan suara aktor ternama Nicolas Cage, Ryan Reynolds dan Emma Stone. – Murai


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Yasin Sulaiman Nafi Jadi Ahli PKR

Yasin Akui Sokong Perjuangan, Nafi Jadi Ahli PKR

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menegaskan dirinya bukan ahli Parti Pakatan Rakyat (PKR) seperti yang didakwa sesetengah pihak. Dakwaan itu timbul berikutan pelantikan beliau sebagai duta Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Bagaimanapun Yasin atau nama sebenarnya Yasin Sulaiman, 39, mengakui beliau memang menyokong penuh perjuangan dan manifesto parti berkenaan.
“Saya bukan ahli PKR. Saya hanya duta AMK sahaja. Saya dilantik kerana sokongan saya terhadap perjuangan mereka. Bagi saya apa yang diperjuangkan itu sangat relevan dan sejajar dengan generasi saya sekarang”, katanya kepada Malaysian Digest sewaktu ditemui di satu sidang media khas di Kota Damansara, semalam.
Tambah pelantun Mimpi Laila ini, dia tidak berniat untuk menceburi bidang politik apatahlagi untuk aktif dalam lapangan itu.
“Saya tak berniat nak aktif dalam politik. Saya hanya menyokong saja perjuangan mereka”, katanya.
Dalam pada itu, Yasin baru-baru ini telah menghasilkan lagu berjudul Reformasi. Lagu yang dimuat naik di laman sosial Youtube itu didakwa telah mencetuskan kontroversi. Malah Yasin memberitahu dia menerima dua ugutan bunuh dari penonton yang menonton video tersebut.
Bagaimanapun setakat ini Yasin belum membuat laporan polis mengenai ancaman tersebut. Sebaliknya setelah berbincang dengan peguamnya, Yasin megambil keputusan, buat masa ini dia memohon kepada pengugut-pengugut berkenaan agar menghentikan perbuatan mereka tetapi sekiranya perkara itu berlarutan, dia akan membuat laporan polis. – MalaysianDigest


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wanita Besi Teruskan Mogok Lapar 12 Tahun

Wanita Besi Teruskan Mogok Lapar 12 Tahun

New Delhi – Seorang wanita India yang melancarkan mogok lapar selama lebih 12 tahun memberitahu Sky News beliau akan meneruskan bantahannya walaupun didakwa dengan cubaan membunuh diri.
Iron Sharmila memulakan tindakan itu selepas menyaksikan pembunuhan sekumpulan penduduk awam oleh pasukan separa tentera India di Manipur pada November 2000.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata beliau tidak akan menamatkan mogok lapar kecuali kerajaan India memansuhkan kandungan kontroversi perundangan Akta Kuasa Khas Pasukan Bersenjata (AFSPA).
“Saya rakyat demokratik. Saya bukan wanita sukakan keganasan, cuma mahukan kehidupan normal. Saya bersungguh-sungguh dengan matlamat saya. Perjuangan ini amat diperlukan sama ada ia sukar atau mudah ia bukan masalah,” katanya.
AFSPA memberikan askar India imuniti daripada pendakwaan di kawasan yang berlaku konflik.
Pemberontakan berlaku selama lima dekad kebelakangan ini di di Manipur, di timur laut India.
Sekumpulan militan menuntut kemerdekaan daripada India.
Kumpulan hak asasi manusia mendakwa AFSPA digunakan oleh tentera sebagai perlindungan sah untuk melakukan penderaan dan pembunuhan.
Irom juga dikenali sebagai Wanita Besi Manipur oleh penyokongnya, tidak makan sebarang makanan pejal selama lebih 12 tahun.
Beliau baru-baru ini ditahan dan dipaksa makan dua kali sehari menerusi tiub di hidungnya.
Pemakanannya mengandungi cecair karbohidrat, protein dan vitamin.
Irom ditahan tiga hari selepas mogok laparnya bermula tetapi menurut undang-undang India perlu dibebaskan setiap tahun untuk melihat jika beliau akan makan semula.
Pada 2006, ketika dibebaskan, beliau melancarkan mogok lapar di New Delhi tetapi ditahan dan didakwa dengan cubaan membunuh diri menurut seksyen 309 kanun keseksaan India. – AGENSI


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Suami Inspirasi Ana Raffali Buat Lagu Jiwang

Suami Inspirasi Ana Raffali Buat Lagu Jiwang

Penyanyi Ana Raffali mengakui kehadiran suami, Ahmad Aznaim Abdullah, 31, dalam hidupnya menjadi sumber inspirasi buatnya untuk menghasilkan karya-karya terbaru.
Menerusi petikan MalaysianDigest, Ana berkata, “Alhamdulillah, hidup saya bahagia dan gembira.
Saya lebih fokus. Tak rasa sunyi. Kalau saya rasa susah nak tulis lagu, dia (suami) selalu temankan saya masa saya buat lagu. Dia tak buat apa pun, kadang-kadang cukup dengan hanya dia berada di sebelah saya walaupun dia sibuk dengan iPad dia, saya senang nak dapat idea untuk tulis lagu.
“Adanya dia menemani saya, saya dapat inspirasi untuk nak cipta lebih banyak lagi lagu yang jiwang-jiwang lah,” katanya.
Penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 25 menerusi lagu berhantunya, Tolong Ingatkan Aku ini turut berkata, “saya mempunyai suami yang sangat menyokong karier saya. Dia juga yang tolong jaga jadual seni saya.
Dia menatang saya bagai minyak yang penuh”, ujarnya sambil tersenyum.
Ketika ditanya mengenai cahaya mata, Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Razali, 27, menyatakan setakat ini dia dan suami masih belum mempunyai rezeki serta menafikan membuat sebarang perancangan.
Jika ada rezeki, adalah. Insyaallah.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tentera Rusia Yang Hilang Sejak 33 Tahun Ditemui

Tentera Rusia Yang Hilang Sejak 33 Tahun Ditemui

Afghanistan -  Seorang tentera Rusia yang hilang selama 33 tahun akhirnya ditemui di kawasan pedalaman Afghanistan dengan identiti baru.
Bakhretdin Khakimov kini dikenali sebagai Sheikh Abdullah dan merupakan pengamal perubatan di Heart.
Dia telah mengahwini seorang wanita tempatan, namun isterinya itu sudah meninggal dunia.
Sheikh Abdullah bagaimanapun tidak mempunyai anak.
Dia yang cedera dalam pertempuran pada 1980, telah diumumkan oleh ketua palang merah Rusia sebagai meninggal dunia.
Namun Sheikh Abdullah sebaliknya diselamatkan dan dirawat oleh penduduk tempatan.
Sheikh Abdullah, 53, yang merupakan etnik Uzbek ditemui hasil gerakan mencari yang dijalankan oleh pertubuhan veteran perang.
Menurut jurucakap pertubuhan itu, ingatan Sheikh Abdullah masih baik dan dia dapat mengingati nama ibu bapa serta adik beradiknya.
Sheikh Abdullah dijangka bertemu anggota keluarganya dalam masa beberapa minggu.
Dalam pada itu, adiknya, Sharof tidak sabar untuk bertemu abangnya itu namun terkilan kerana ibu bapanya telah meninggal dunia dan tidak sempat menatap wajah abangnya.
Seramai 15,000 tentera Soviet dan hampir sejuta penduduk awam Afghanistan meninggal dunia dalam peperangan antara 1979 hingga 1989.
Soviet menduduki Afghanistan bagi menentang Mujahideen pada Disember 1979.
Sedekad selepas peperangan itu, hanya 29 tentera Soviet ditemui semula dengan 22 daripada mereka kembali semula ke Rusia manakala tujuh yang lain kekal di Afghanistan.
Manakala kubur 15 yang lain turut ditemui dalam misi pencarian pertubuhan veteran perang tersebut.

sumber
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sukar Dapat Kerja Akibat Tatu

Sukar Dapat Kerja Akibat Tatu

London – Mathew Whelan, 33,  merupakan lelaki yang mempunyai paling banyak tatu di badannya meliputi 80 peratus termasuk di bahagian mata.
Dia sanggup menghabiskan wang sehingg £20,000 bagi tujuan berkenaan.
Namun akibat ketaksuban tersebut, dia kini sukar mencari pekerjaan dan menyifatkan menjadi mangsa diskriminasi.
“Saya tidak faham kenapa seseorang itu harus menilai rupa seseorang’’ katanya.
Dia yang menukar nama kepada Body Art The Extreme Ink-ite kini bekerja secara sukarela dengan pejabat Ahli Parlimen John Hemmings di Yardley, di Birmingham.
Whelan menghabiskan masa selama 300 jam untuk mencacah tatu di badannya
Ular, kala jengking, anak mata dan pontianak merupakan antara ilustrasi yang dilukis pada badannya.
Malah dia juga mencacah tatu di bahagian mata putihnya.
“Saya sedar mengenai risiko yang akan saya tanggung apabila saya mencacah mata putih saya, namun saya berjumpa dulu dengan pakar mata dan mendapatkan pandangan mereka sebelum berbuat demikian,’’ katanya.
Bekas pengusti itu memberitahu, dia berharap agar badannya dapat disimpan di muzium apabila meninggal kelak.
“Ada individu di Kanada yang telah  meminta tengkorak saya apabila saya meninggal nanti.
“Dia mahu menjadikannya sebagai tempat mengisi bahan lukisan,’’ katanya.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ashanty Suruh Anang Cari Isteri Baru

Ashanty Suruh Anang Cari Isteri Baru

Sejak disahkan mengidap penyakit radang selaput otak dan memerlukan rawatan segera, penyanyi Indonesia, Ashanty tidak mampu berbuat apa-apa. Walaupun sudah dibenarkan keluar dari hospital, dia kini masih lemah dan sudah dua minggu aktiviti seninya terhenti.
Laporan laman detikhot.com menyebut, hasil diagnosis menunjukkan Ashanty diserang virus Cytomegalovirus akibat terlalu penat. Sebelum ini isteri kepada penyanyi-komposer popular, Anang Hermansyah itu mengakui dirinya memang terlalu sibuk sehingga mengabaikan kesihatannya.
Pelantun Jodohku itu memberitahu, pada awalnya dia seperti tidak boleh menerima apabila diberitahu mengenai penyakit tu.
“Pada mulanya saya marah dan mempersoalkan kenapa saya yang kena penyakit ini?”, katanya.
Lebih parah, dia pernah berasa putus asa. Bahkan pemilik nama penuh Ashanty Siddik Hasnoputro itu pernah menyarankan Anang untuk mencari perempuan lain.
“Saya tertekan. Hari pertama, saya minta mahu berpisah. Saya tanya pada Anang, kenapa dia berkahwin dengan orang yang berpenyakit. Saya katakan pada dia, ‘Bang, kamu pergilah cari perempuan lain”, ujarnya.
Laporan doktor mengesahkan penyakit Ashanty sudah diperingkat serius. Namun nasibnya baik apabila dia kini beransur pulih.
“Saya pasrah dan ikhlas, kaki kiri saya mula boleh bergerak. Ini mukjizat Allah, banyak hikmahnya,” ucapnya bersyukur.
Disebakan keadaanya yang belum betul-betul pulih, Ashanty terpaksa menangguhkan pelancaran single terbarunya, ‘Mengapa Oh Mengapa’.
Ashanty juga terpaksa berehat daripada meneruskan penggambaran filem sulungnya. Dia juga tidak mengambil tawaran daripada luar Jakarta. – MalaysianDigest


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

“Kerajaan Gagal Tangani Insiden Lahad Datu”

Anwar Dakwa Kerajaan Gagal Tangani Insiden Lahad Datu

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kepimpinan kerajaan gagal menangani isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu lebih awal.
Anwar berkata, kerajaan sepatutnya menyelesaikan lebih awal insiden pencerobohan tersebut sebelum lebih banyak pertumpahan darah berlaku.
“Ini bukan kelemahan di peringkat Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan polis tetapi ini kelemahan dalam memberi arahan di peringkat tertinggi.
“Kenapa kerajaan ambil masa yang lama sampai 23 hari untuk atasi insiden pencerobohan sedangkan kedaulatan (Sabah) digugat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut berjanji Pakatan Rakyat akan memelihara kedaulatan Sabah dan negara ini sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan.
“Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan membenarkan mana-mana militan masuk ke negara ini. Demi kedaulatan dan maruah negara ini,” katanya.
Beliau sekali lagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memanggil sidang Parlimen tergempar untuk membincangkan isu pencerobohan di Lahad Datu serta memberi penerangan kepada semua ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Anwar menegaskan serangan yang dilakukan oleh kerajaan adalah terhadap penceroboh bersenjata yang mengaku tentera Sulu dan bukannya rakyat Sulu yang tinggal di Malaysia.
“Ini bukan peperangan terhadap rakyat Sulu tapi terhadap puak penceroboh bersenjata… Kita telah jelaskannya kita tidak akan benarkan sebarang aktiviti militan di negara ini,” katanya.- mStar


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lelaki Maut Dipukul Sekumpulan Perompak

Lelaki Maut Dipukul Sekumpulan Perompak

IPOH – Seorang lelaki maut akibat dipukul dengan besi dan seterika oleh sekumpulan perompak yang memecah masuk rumahya di Kampung Sungai Badak, Jejawi, Perak Tengah, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa Mohd Suhaili Abdul Salim, 27, sedang tidur bersama isteri dan anak perempuan mereka apabila menyedari rumah mereka dimasuki empat lelaki warga asing.
“Mangsa yang juga tinggal bersama kedua ibu bapanya terdengar kumpulan penjenayah itu menendang pintu rumahnya.
“Mangsa keluar dari biliknya dan melihat empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dan pemotong besi,” kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliu berkata, mangsa bertindak melawan kumpulan penjenayah terbabit, namun dia dipukul sebelum mulut dan mukanya diikat.
“Ibu dan bapanya turut diikat. Kumpulan penjenayah itu kemudian bertindak menggeledah rumah mangsa dan membawa lari sebuah kereta jenis Proton Waja, dua telefon bimbit dan barang kemas,” katanya.
Mohd Shukri berkata, isteri mangsa yang kemudiannya memeriksa keadaan mangsa selepas kumpulan penjenayah itu melarikan diri dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.
Dia lantas menghubungi pihak ambulans yang mengesahkan mangsa meninggal dunia, katanya.
Polis sedang menjejaki kumpulan penjenayah itu. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Siapa Bekal Senjata Canggih Kepada Penceroboh Lahad Datu?

Siapa Bekal Senjata Canggih Kepada Penceroboh Lahad Datu?

Untuk menjawab soalan di atas, mungkin kita perlu melihat kepada kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino beberapa hari lepas bahawa wujud petanda dan bukti-bukti jelas pencerobohan di Lahad Datu adalah satu konspirasi.
(klik sini untuk membaca berita lengkap Mynewshub.my berhubung dakwaan itu)
Ini kerana jelas beliau, tidak mungkin Jamalul Kiram mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan operasi pada skala itu.
Aquino dilaporkan berkata, Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu
Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah. Justeru dari mana mereka mendapat wang yang banyak untuk menyewa bot-bot berkenaan?
Aquino dengan nyata menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu.
Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.
“Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi,” katanya dalam satu sidang media di Manila.
Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.
Kini, jom kita lihat kepada satu lagi aspek dalam kes di Lahad Datu iaitu jumlah senjata canggih dan mahal yang dimiliki oleh pengikut Kiram, yakni seorang tua yang perasan dirinya sultan tetapi perlu mendapatkan bantuan kerajaan Filipina untuk rawatan dialisis.
Sumber memberitahu Mynewshub.my, antara senjata milik pengganas yang dikesan di Lahad Datu ialah;
M-16
M-14 – Rifle untuk penembak tepat
Light Machine Gun – LMG
General Purpose Machine Gun – GPMG
M203 – grenade launcher
AK47
Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal)
Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan)
LMGfncm16m14_dmrGPMG
Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.
Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).
Harga senjata adalah berdasarkan jenis dan aksesori tambahan pada senjata berkenaan.
Malah, jika mengikut gambar dan maklumat sebelum ini, kumpulan Kiram juga dipercayai memiliki FN FNC Para Carbine. Mereka juga dipercayai memiliki senjata-senjata yang dihasilkan sendiri.
Secara keseluruhan, dianggarkan seramai 180 pengganas memasuki Lahad Datu 4 minggu yang lalu dan jumlah senjata mereka tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Gambar utama di atas memperlihatkan kumpulan Kiram III yang diambil pada Oktober tahun lalu dan senjata yang dimiliki mereka.
**Gambar senjata-senjata yang diletakan di laman ini adalah dari sumber internet dan bukan senjata sebenar dalam pertempuran di Sabah. Kemungkinan ia tidak menyamai sepenuhnya dengan apa yang digunakan para pengganas. Hanya sebagai gambaran kepada pembaca- Mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Penyanyi Belasah Suami Hingga Mati

Penyanyi Belasah Suami Hingga Mati

AMPANG – Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.
Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata,  pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa  tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.
Menurutnya,  mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat
Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SinarHarian


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tembak Menembak Baru Di Lahad Datu Pagi Tadi

ketua polis negara

KUALA LUMPUR – Satu kejadian tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas Selatan Filipina dilaporkan berlaku pukul 6.45 pagi tadi.
Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar  dalam sidang media harian  bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Sabah, pagi ini.
Beliau tidak mendedahkan lokasi kejadian itu tetapi memberitahu seorang pengganas Sulu tumpas manakala tidak ada sebarang kecederaan di pihak Malaysia.
Bagaimanapun pengganas yang ditembak itu sempat dibawa lari oleh rakan-rakannya yang lain.
Ismail juga mengesahkan bahawa kawasan Ops Daulat yang sebelum ini seluas 4 kilometer, kini diperluaskan lagi berikutan ada di kalangan pengganas dipercayai yang bergerak ke beberapa kawasan lain dengan menyamar sebagai orang awam.
Beliau bagaimanapun meminta orang ramai agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.
Ismail sekali lagi menasihatkan penduduk di kawasan sekitar agar berhati-hati dan dapatkan apa-apa maklumat di pos taktikal pasukan keselamatan dan balai polis berdekatan.
“Sekali lagi saya minta kerjasama orang ramai agar tidak cemas walaupun musuh bergerak lebih luas kerana pasukan keselamatan masih mengawal,” katanya.
Pada sidang yang sama, beliau juga berkata, pihaknya belum lagi mahu menyiarkan jumlah pemberontak Sulu yang cedera atau maut dalam operasi yang digerakkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.
Dalam operasi itu yang bermula sekitar 7 pagi, pengganas digempur dan dilemahkan dalam masa hanya 3 jam oleh pasukan tentera.
Namun, OPS Daulat masih tidak berakhir kerana ia disusuli dengan operasi ‘mopping out’ atau membersihkan sepenuhnya saki-baki pengganas yang terselamat dalam serangan semalam.
Kumpulan pengganas yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya Sultan Sulu menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu.
Mereka telah dipujuk dan diberikan peluang selama berminggu-minggu oleh pasukan keselamatan Malaysia agar pulang ke tanah air mereka namun bersikap angkuh dan keras kepala.
Jamalul Kiram III mengaku Sabah adalah milik kesultanannya walaupun sejarah membuktikan ia telah diserahkan kepada British.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Penerbangan MAS Wings Ke Lahad Datu Berpatah Balik

mas wings

KUALA LUMPUR – Penumpang pesawat MAS Wings MH3010 ke Lahad Datu pagi ini cemas apabila kapal berkenaan tiba-tiba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas kira-kira setengah jam berada di udara.
Pesawat itu berlepas pada pukul 6.20 pagi.
Tindakan juruterbang berpatah balik tanpa sebarang alasan kukuh menyebabkan ramai penumpang terpingga-pingga dan terfikir serangan udara kali kedua pihak tentera mungkin sedang berlaku.
Menurut salah seorang penumpang yang menghubungi Mynewshub.my pagi ini, beliau kecewa dengan sikap MAS Wing yang hanya mendedahkan punca sebenar kapal itu berpatah balik setelah mendarat kembali di Kota Kinabalu.
“Pramugari dan pramugara yang bertugas di atas pesawat gagal memberikan alasan yang menyakinkan kepada para penumpang.
“Masalah sebenar hanya diketahui apabila para penumpang telah berada di terminal,” katanya.
Punca kejadian dikatakan akibat masalah teknikal melibatkan sistem hidraulik tayar pesawat berkenaan.
Lebih mengecewakan, penerbangan yang membawa beberapa petugas media yang mahu membuat liputan di Lahad Datu dibatalkan terus pada sebelah pagi.
Mynewshub.my difahamkan, semua penumpang terlibat dijangka diterbangkan ke Lahad Datu pada pukul 2.45 petang ini.
**Gambar di atas adalah gambar hiasan dan bukan gambar pesawat sebenar.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Empat Ditahan Dipercayai Mempunyai Kaitan Dengan Pengganas

4 Suspek Ditahan Dipercayai Mempunyai Kaitan

SEMPORNA – Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.
Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
“Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan,” kata pegawai berkenaan.
Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah  kenderaan yang mencurigakan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh.- BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III

jamalul kiram pembunuh

Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.
Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar.  Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.
Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain.
Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.
Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.
Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.
Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.
Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).
Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu.
Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.
Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula campur tangan Amerika Syarikat dan PBB.
Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu.
Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III.
Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya  akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wawa Zainal Belum Sedia Memikul Watak Jahat

Wawa Zainal Belum Bersedia Memikul Watak Jahat


KUALA LUMPUR – Enggan bersandarkan kepada paras rupa semata-mata, pelakon, Wawa Zainal, 22, optimis mahu mengembangkan bakatnya ke dalam persada seni dengan mencuba pelbagai watak.

Namun, menerusi Sinar Harian, akui anak kelahiran Sabah ini, dia belum bersedia untuk memikul watak antagonis.

Mengakui penampilan dan imejnya yang tidak bersesuaian dengan watak sebegitu, Wawa pernah menolak beberapa tawaran dari pihak produksi.

“Bukan Wawa tak mahu cabar diri dengan watak yang begitu, namun ia tidak bersesuaian dengan peribadi Wawa sendiri. Wawa pernah cuba, tapi tak menjadi.

“Suara Wawa pun halus dan lembut. Memang tak sesuai langsung. Kalau watak psiko atau gedik manja, mungkin boleh,” katanya.

Ditanya mengenai kehidupan peribadi pula, Wawa mengakui dia tidak terikat dengan mana-mana lelaki dan dia sebenarnya lebih suka berkawan.

“Saya ada berkawan dengan beberapa lelaki. Namun, mereka hanyalah kawan saya. Setakat ini, saya masih belum terfikir untuk ke arah hubungan lebih serius.

“Namun, jika ada jodoh, saya tidak boleh menidakkannya. Semuanya ketentuan ALLAH SWT,” jelasnya.

Tambah Wawa, jika mengikut perancangan dia mahu menamatkan zaman bujang pada usia 26 tahun nanti.

Jadi buat masa ini dia ada masa empat tahun lagi untuk memberi fokus pada bidang kerjaya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Amyza Aznan Terkena Santau Rakan

Amyza Aznan Terkena Santau Buatan Rakan Sendiri

Isu santau dan sihir menyihir ini memang sering dikaitakan dengan masyarakat Melayu.
Perkara begini boleh berlaku jika ada seseorang itu tidak berpuas hati dengan kehidupan orang lain.
Terbaru terdapat seorang selebriti yang dikatakan telah terkena buatan santau.
Selebriti berkenaan adalah pelakon dan pengacara, Amyza Aznan.
Melalui akaun Twitternya, Amyza ada menyatakan perkara berikut..
“Ya, akak terkena santau. Masa kena santau, akak asyik nak pengsan. Akak selalu kebas tangan kiri, leher seperti tercekik tulang dan jantung sempit. Akak buat pemeriksaan doktor semuanya OK. Akak tidak percaya ilmu sihir tapi apabila terkena pada diri sendiri, barulah akak percaya benda-benda ini wujud”.
Malah, lebih mengejutkan apabila rakan baiknya sendiri yang menghantar santau berkeaan.
“Orang yang menghantar santau kawan baik sendiri. Dulu, dia susah tiada pekerjaan, akak banyak bantu dia.
Bila nama mula meletup, dia ingat akak ini pencabar dia! Sihir ni akan makan dirinya sendiri. Tujuan dia supaya akak tidak boleh bekerja. Kena santau dengan kawan wanita, orang dalam industri. Akak kenal baik dengannya. Muka sudahlah buruk, ditambah lagi dengan perangai buruk”.
Kasihan… Apabila kita berbuat baik, dibalas pula dengan kejahatan.
Usahlah melakukan perkara sedemikian. Kelak ia memakan diri sendiri juga..
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Yasin Terima Ugutan Bunuh Di Youtube

Yasin Terima Ugutan Bunuh Di Youtube

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
Yasin, 39, berkata, ugutan bunuh yang diterimanya menerusi laman YouTube selepas memuat naik lagu nyanyiannya berjudul Reformasi adalah bukti ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan medium sosial tersebut untuk mengugut.
“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa malah saya sebelum ini pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.
“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat tetapi saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” jelasnya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Damansara di sini pada Selasa.
Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas bersempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.
Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala ‘Pencinta Muzik’ pula bekata Yasin patut dibunuh.
Dalam pada itu, Yasin berkata, buat sementara waktu dia tidak bercadang untuk membuat sebarang laporan polis terhadap dua individu tersebut sebaliknya mahu menyampaikan mesej supaya mereka dan sesiapa sahaja menghentikan budaya tidak sihat itu daripada terus berleluasa.
Turut hadir peguamnya, Yusmadi Yusoff.
Tambah Yasin, sebagai seorang rakyat Malaysia, dia tidak membuat sebarang kesalahan sehingga dikecam sedemikian rupa sebaliknya hanya meluahkan perasaan menerusi lagu.
“Tidak kira daripada parti mana sekali pun budaya mencaci, menghina dan mengugut tidak sepatutnya berlaku dan keadaan ini jika dibiarkan akan berterusan.
“Saya tidak berhasrat untuk mengambil tindakan buat masa ini cuma ingin memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana supaya berhenti daripada melakukan perkara yang tidak sihat seperti itu,” jelasnya.
Penyanyi itu turut menegaskan dia tidak terlibat dalam mana-mana parti politik sebaliknya hanya dilantik sebagai duta Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 18 Februari lalu.
Jelas Yasin, dia bersetuju menjadi duta AMK kerana menyokong perjuangan parti itu namun memberitahu tidak berminat untuk bergiat aktif dalam dunia politik. – Mstar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Shila Amzah Buat P’sembahan Di Lincoln, NY

Shila Artis M'sia Pertama Buat P'sembahan Di Lincoln, NY

Nampaknya, permulaan tahun 2013 ini membawa perkhabaran yang baik buat penyanyi, Shila Amzah.
Walaupun dia gagal di dalam percintaan, namun Tuhan berikannya rezeki di dalam bidang pekerjaan.
Untuk makluman, Shila telah pun mentandatangani kontrak bersama Shanghai Media Group (SMG) selama enam tahun dan bakal membuat persembahan bersama artis SMG di Lincoln Center, New York, pada tidak lama lagi.
Apa yang membanggakan, Shila merupakan artis Malaysia pertama yang berpeluang menyanyi di atas pentas berprestij itu.
Tahniah diucapkan!
Selain itu, Shila Amzah juga akan menetap di Shanghai selama enam bulan bersama ibunya bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Mandarinnya.
Ini adalah satu perkembangan yang positif dalam hidup Shila yang jika dilihat sebelum ini, dia selalu bersedih mengenai hal yang melanda ayahnya, ND Lala dan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.
Semoga Shila terus berjaya dalam mengharumkan nama negara!
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

P’ceroboh Akan Dikenakan Tuduhan Membunuh – Nazri

Penceroboh Akan Dikenakan Tuduhan Membunuh - Nazri

KUALA LUMPUR – Membunuh lapan anggota polis adalah antara tuduhan yang akan dikenakan terhadap penceroboh bersenjata di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
“Sekiranya mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan dihadapkan ke mahkamah di negara ini bagi jenayah yang mereka lakukan, yang pasti kerana melakukan pembunuhan.
“Ia bukan peperangan (di Sabah), tetapi pencerobohan terhadap negara serta kedaulatan kita dan Malaysia telah bertindak dengan sewajarnya untuk menangani keadaan ini.
“Sekiranya ia suatu peperangan, maka Konvensyen Geneva akan terpakai. Tapi, ini tidak. Ia masih di peringkat pencerobohan.
“Jadi, langkah terbaik ialah menyerahkannya kepada polis kerana apabila melibatkan keselamatan negara, ia menjadi tanggungjawab polis,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog tentang penubuhan Majlis Hukuman di sini hari ini.
Mengenai Majlis Hukuman, beliau berkata masanya sudah tiba bagi Malaysia memberi pertimbangan terhadap penubuhannya untuk memperkemas pentadbiran keadilan di negara ini.
“Majlis Hukuman boleh memainkan peranan memupuk hubungan antara pendapat orang awam dan hukuman yang putuskan mahkamah,” katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story