KUALA LUMPUR – Penumpang pesawat MAS Wings MH3010 ke Lahad Datu pagi ini cemas apabila kapal berkenaan tiba-tiba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas kira-kira setengah jam berada di udara.
Pesawat itu berlepas pada pukul 6.20 pagi.
Tindakan juruterbang berpatah balik tanpa sebarang alasan kukuh menyebabkan ramai penumpang terpingga-pingga dan terfikir serangan udara kali kedua pihak tentera mungkin sedang berlaku.
Menurut salah seorang penumpang yang menghubungi Mynewshub.my pagi ini, beliau kecewa dengan sikap MAS Wing yang hanya mendedahkan punca sebenar kapal itu berpatah balik setelah mendarat kembali di Kota Kinabalu.
“Pramugari dan pramugara yang bertugas di atas pesawat gagal memberikan alasan yang menyakinkan kepada para penumpang.
“Masalah sebenar hanya diketahui apabila para penumpang telah berada di terminal,” katanya.
Punca kejadian dikatakan akibat masalah teknikal melibatkan sistem hidraulik tayar pesawat berkenaan.
Lebih mengecewakan, penerbangan yang membawa beberapa petugas media yang mahu membuat liputan di Lahad Datu dibatalkan terus pada sebelah pagi.
Mynewshub.my difahamkan, semua penumpang terlibat dijangka diterbangkan ke Lahad Datu pada pukul 2.45 petang ini.
**Gambar di atas adalah gambar hiasan dan bukan gambar pesawat sebenar.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment