P’ceroboh Akan Dikenakan Tuduhan Membunuh – Nazri

Penceroboh Akan Dikenakan Tuduhan Membunuh - Nazri

KUALA LUMPUR – Membunuh lapan anggota polis adalah antara tuduhan yang akan dikenakan terhadap penceroboh bersenjata di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
“Sekiranya mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan dihadapkan ke mahkamah di negara ini bagi jenayah yang mereka lakukan, yang pasti kerana melakukan pembunuhan.
“Ia bukan peperangan (di Sabah), tetapi pencerobohan terhadap negara serta kedaulatan kita dan Malaysia telah bertindak dengan sewajarnya untuk menangani keadaan ini.
“Sekiranya ia suatu peperangan, maka Konvensyen Geneva akan terpakai. Tapi, ini tidak. Ia masih di peringkat pencerobohan.
“Jadi, langkah terbaik ialah menyerahkannya kepada polis kerana apabila melibatkan keselamatan negara, ia menjadi tanggungjawab polis,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog tentang penubuhan Majlis Hukuman di sini hari ini.
Mengenai Majlis Hukuman, beliau berkata masanya sudah tiba bagi Malaysia memberi pertimbangan terhadap penubuhannya untuk memperkemas pentadbiran keadilan di negara ini.
“Majlis Hukuman boleh memainkan peranan memupuk hubungan antara pendapat orang awam dan hukuman yang putuskan mahkamah,” katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story