Lelaki Maut Dipukul Sekumpulan Perompak

Lelaki Maut Dipukul Sekumpulan Perompak

IPOH – Seorang lelaki maut akibat dipukul dengan besi dan seterika oleh sekumpulan perompak yang memecah masuk rumahya di Kampung Sungai Badak, Jejawi, Perak Tengah, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa Mohd Suhaili Abdul Salim, 27, sedang tidur bersama isteri dan anak perempuan mereka apabila menyedari rumah mereka dimasuki empat lelaki warga asing.
“Mangsa yang juga tinggal bersama kedua ibu bapanya terdengar kumpulan penjenayah itu menendang pintu rumahnya.
“Mangsa keluar dari biliknya dan melihat empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dan pemotong besi,” kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliu berkata, mangsa bertindak melawan kumpulan penjenayah terbabit, namun dia dipukul sebelum mulut dan mukanya diikat.
“Ibu dan bapanya turut diikat. Kumpulan penjenayah itu kemudian bertindak menggeledah rumah mangsa dan membawa lari sebuah kereta jenis Proton Waja, dua telefon bimbit dan barang kemas,” katanya.
Mohd Shukri berkata, isteri mangsa yang kemudiannya memeriksa keadaan mangsa selepas kumpulan penjenayah itu melarikan diri dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.
Dia lantas menghubungi pihak ambulans yang mengesahkan mangsa meninggal dunia, katanya.
Polis sedang menjejaki kumpulan penjenayah itu. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story