Yuna Berkolaborasi Dengan Band Owl City

Yuna Berkolaborasi Dengan Band Owl City

KUALA LUMPUR – Bagi peminat yang sering mengikuti perkembangan anak watan Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna, yang kini merentas dunia mempertaruhkan muzik dan bakatnya pasti akan gembira dengan sebuah lagi pencapaian yang diraih penyanyi berusia 27 tahun ini.
Pada tahun lalu, buat pertama kalinya Yuna secara tidak langsung telah terlibat dalam produksi bertaraf antarabangsa di mana dia telah menyanyikan semula sebuah lagu daripada band ternama The Beatles, Here Comes The Sun untuk dimuatkan dalam filem arahan Oliver Stone, Savages.
Ternyata bakat yang dimiliki artis naungan David Foster ini diperhatikan ramai hingga pihak Dreamworks yang terkenal dengan filem-filem animasi hebat seperti Madagascar itu telah menyunting Yuna untuk menjayakan runut bunyi filem animasi terbaru mereka.
Runut bunyi atau soundtrack yang berjudul Shine Your Way itu dinyanyikan oleh kumpulan muzik Owl City yang pernah popular dengan lagu Fireflies melalui suara vokalisnya, Adam Young dan menampilkan Yuna di dalam lagu tersebut. Pautan lagu tersebut yang ada disini juga diambil daripada laman Youtube rasmi Owl City.
Sebelum ini ada laporan mengatakan Yuna telah dibayar sebanyak USD40,000 untuk menyanyikan lagu runut bunyi ini. Namun penyanyi itu mengatakan bayaran tersebut bukanlah menjadi miliknya seorang kerana dia kini bernaung dibawah Verve Music Group.
Filem animasi The Croods dijangka bakal menemui para penonton pada akhir bulan ini. Animasi berkisarkan alam purba atau pra-sejarah itu telah meminjamkan suara aktor ternama Nicolas Cage, Ryan Reynolds dan Emma Stone. – Murai


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story