Penyanyi Ana Raffali mengakui kehadiran suami, Ahmad Aznaim Abdullah, 31, dalam hidupnya menjadi sumber inspirasi buatnya untuk menghasilkan karya-karya terbaru.
Menerusi petikan MalaysianDigest, Ana berkata, “Alhamdulillah, hidup saya bahagia dan gembira.
Saya lebih fokus. Tak rasa sunyi. Kalau saya rasa susah nak tulis lagu, dia (suami) selalu temankan saya masa saya buat lagu. Dia tak buat apa pun, kadang-kadang cukup dengan hanya dia berada di sebelah saya walaupun dia sibuk dengan iPad dia, saya senang nak dapat idea untuk tulis lagu.
“Adanya dia menemani saya, saya dapat inspirasi untuk nak cipta lebih banyak lagi lagu yang jiwang-jiwang lah,” katanya.
Penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 25 menerusi lagu berhantunya, Tolong Ingatkan Aku ini turut berkata, “saya mempunyai suami yang sangat menyokong karier saya. Dia juga yang tolong jaga jadual seni saya.
Dia menatang saya bagai minyak yang penuh”, ujarnya sambil tersenyum.
Ketika ditanya mengenai cahaya mata, Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Razali, 27, menyatakan setakat ini dia dan suami masih belum mempunyai rezeki serta menafikan membuat sebarang perancangan.
Jika ada rezeki, adalah. Insyaallah.
Oleh: JULIANA JOHAR
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment