Anuar Minta Maaf Peluk Pemain Bowling Negara

Anuar Minta Maaf Peluk Pemain Bowling Negara

KUALA LUMPUR – Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama.
“Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun.
“Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar.
“Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun,” jelasnya.
Anuar ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar dan Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.
Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu mengenai album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas (DFP), ia memuatkan sebanyak 14 buah lagu solo dan gandingan bersama Dayang, yang telah dirakamkan pada konsert amal di bawah anjuran kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di DFP pada Mei tahun lalu.
Anuar berkata album tersebut diterbitkan khas oleh Anuar Zain Network dan DN and AD Entertainment Sdn Bhd buat peminat-peminat yang tidak dapat menhadiri konsert tersebut.
“Sebenarnya saya cukup teruja menantikan respons para peminat mengenai album ini. Ia dibuat khusus buat mereka yang tidak dapat menyaksikan persembahan kami.
“Lebih-lebih lagi lagu-lagu yang dimuatkan merupakan lagu hits saya dan Dayang sebelum ini,” katanya.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Bila Resah, Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Kembalilah Sayang, Cinta Harus Memiliki, Aku Rindu Aku Jemu, Kau Bunga Cintaku, Ketulusan Hati dan Sedetik Lebih. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR: Tan Sri Ismail Sebak Di Hari Terakhir….

Tan Sri Ismail Sebak Di Hari Terakhir....

KUALA LUMPUR – Tan Sri Ismail Omar pada Khamis menyerahkan tugasnya selaku Ketua Polis Negara (KPN) kepada Timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Majlis serah terima tugas jawatan KPN yang baru diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.
Dalam ucapannya, Ismail yang melepaskan jawatan kerana bersara wajib berkata beliau yakin Khalid berupaya memimpin pasukan polis dengan mulia.
“Saya mengucapkan semoga berjaya dan beliau adalah yang terbaik untuk jawatan tersebut,” katanya.
Pada majlis sama, Khalid turut menyerahkan tugasnya selaku Timbalan KPN kepada Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. – mStar Online
ismailsebak


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR: Kubur Islam Terbesar Di Dunia, Wadi Al-Salaam, Iraq

GAMBAR: Kubur Islam Terbesar Di Dunia, Wadi Al-Salaam, Iraq

Wadi Al-Salaam merupakan tanah perkuburan orang Islam yang terbesar di dunia.
Ia terletak di kota suci Najaf, Iraq.
Tanah perkuburan ini mempunyai keluasan sebesar 1485.5 ekar yang mengandungi berjuta-juta kubur.
Berita difahamkan bahawa tanah perkuburan ini sudah beroperasi sejak 1,400 tahun dahulu! - Mediamalaya.com
kuburwadi1

kuburwadi2

kuburwadi4
kuburwadi5


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR: Inikah Kekasih Baru Fauziaf Latiff?

GAMBAR: Inikah Kekasih Baru Fauziaf Latiff?

Lamakan tidak kita dengar kisah terbaru Fauziah Latiff.
Beberapa hari lalu, penyanyi juga pelakon ini mengirimkan dua keping gambar ke laman sosial Instagram yang menjadi asas gossip ini hari ini.
Dua keping gambar tersebut menunjukkan Fauziah Latiff bersama seorang jejaka yang salah satu gambarnya datang dengan caption Soulmate dan ini menimbulkan spekulasi dikalangan peminat yang melihat.
Tidak dapat dikenalpasti siapakah gerangan lelaki disamping Fauziah Latiff ini tetapi dalam kedua dua gambar mereka tampak bahagia bersama.
Peminat yang melihat gambar itu di Instagram juga meninggalkan komen positif mendoakan kebahagiaan pasangan ini selain ramai yang gembira Fauziah Latiff sudah bertemu seseorang yang boleh digelar soulmate.
Hujung Disember tahun lalu, Fauziah Latiff tampil menafikan yang beliau sudah berkahwin secara senyap senyap dengan seorang lelaki bergelar VIP selain berkata selesa hidup solo ketika itu. (Rotikaya.com)
04-Gambar-Kekasih-Baru-Fauziah-Latiff-ROTIKAYA-1000x629


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

VIDEO: Sakinah Buat Hal Lagi…Kali Ini Mengaku Dirinya SAKAI!

VIDEO: Sakinah Buat Hal Lagi...Kali Ini Mengaku Dirinya SAKAI!

PELAKON baru, Sharifah Sakinah buat hal lagi.
Setelah menggemparkan industri hiburan tanah air dengan klip pendek mengenai bra dan seluar dalam, dia muncul dengan klip yang kononnya dia seorang pondan.
Menyedari kritikan keras yang diterima daripada masyarakat mengenai kedua-dua klip itu, Sakinah tampil memohon maaf di atas perbuatannya.
Namun hanya selepas beberapa hari berbuat demikian, Sakinah kembali ‘meroyan’.
Terbaru, video klip yang kononnya dia seorang SAKAI!
” Masyarakat dah benci, ini akibatnya bila SAKAI jadi artis, kita pun tak terfikir yang kita ni artis tiba-tiba tersebar macam tu.
” Aku dah biasa dah SAKAI, kat rumah pun SAKAI tiba-tiba orang nak ‘kondem’..la orang layan rupanya video tu,” katanya.
Dalam video klip tersebut, Sakinah juga menunjukkan sebuah anak patung bogel.
Kemudian dia mengambil pemetik api dan beraksi seolah-olah hendak membakar ‘kemaluan’ anak patung tersebut.
” Ini namanya BEBIRD…kalau buat macam ni (bakar) namanya BABI-Q BEBIRD!,” dengan suara meninggi.
Sebenarnya kita tidak tahu apa maksud dan apa motif Sakinah berbuat demikian.
Mungkin dia hanya bergurau atau mungkin dia ingin melepaskan kemarahan kepada pihak yang mengaitkannya dengan kontroversi, Wallahualam.
Yang pasti semakin hari rasanya pelakon itu semakin membodohkan dirinya dengan aksi yang sangat jelik seperti itu.
Kita tidak menuntut Sakinah untuk berlaku cerdik tetapi pada masa yang sama kita tidak sanggup melihat dia terus memalukan dirinya sendiri.
Mungkin betul kata sesetengah orang yang dia cuba meraih publisiti murahan dengan berbuat demikian.
Hanya dia yang tahu, mengapa dan kenapa….alahai Sakinahhhhh…….



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Belum Sedia Kembali Belakon Di Singapura

Adi Putra

PETALING JAYA – Pelakon Adi Putra belum bersedia kembali negara kelahirannya, Singapura bagi mengembangkan lagi karier lakonannya di sana.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, berkata, dia melihat industri seni di negara itu agak terhad memandangkan tidak banyak saluran televisyen berbahasa Melayu di situ manakala Malaysia pula memberi peluang rezeki lakonan yang lebih.
“Setakat ini saya melihat negara ini (Malaysia) adalah sumber pencarian rezeki buat saya dan keluarga.
“Dan saya belum bersedia untuk berlakon di Singapura. Lagipun isteri dan anak saya menetap di sini, jadi agak sukar untuk saya berulang alik dari Malaysia ke Singapura.
“Bagaimanapun, jangan pula ingat saya lupa pada negara kelahiran saya,” selorohnya.
Tambah Adi, dia juga sudah serasi bekerja di Malaysia, namun tetap pulang ke Singapura sekiranya tidak mempunyai sebarang kerja-kerja lakonan.
Terbaharu, Adi kini sibuk dengan kerja bidang pengarahan pula bersama pengarah Ghaz Abu Bakar dalam filem sulung terbitan syarikatnya sendiri, Nur ADP Sdn. Bhd berjudul Suami Aku Ustaz.
Ini merupakan kali pertama Adi membabitkan diri di bidang pengarahan dan menyifatkan ia sebuah kerja yang agak sukar dilaksanakan.
“Saya memberanikan diri untuk mengarah filem ini kerana ia berunsur Islamik. Bekerjasama dengan Ghaz juga memudahkan saya dalah pengarahan kerana saya masih lagi baharu.
“Jadi Ghaz akan menekankan daripada segi perjalanan cerita manakala saya fokus pada watak dan tempo sesebuah lakonan itu.
“Penggambaran filem ini baru sahaja dimulakan dan akan mengambil masa dalam 30 hari,” katanya.
Sementara itu, Adi bakal muncul dalam drama Teduhan Kasih yang turut menampilkan pelakon Sherry Ibrahim dan Shah Iskandar.
Drama yang diadaptasi daripada novel tulisan Marissa ini bakal disiarkan bermula 15 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3. - mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Larang Bercinta, MIG Mahu Artis Naungan Jadi Jutawan

David Teo

PETALING JAYA – Perasaan cinta di kalangan artis yang baharu menceburi bidang seni dikhuatiri boleh merosakkan karier mereka sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo berkata, kerana perkara itu, pihak syarikatnya menetapkan syarat tidak membenarkan mana-mana individu yang bernaung di bawah pengurusan syarikatnya bercinta.
“Ramai yang tidak sedar bahawa cinta boleh menggugat kerja-kerja kita terutamanya bagi yang baharu ingin membina nama dalam industri seni tempatan.
“Tetapi ramai yang tidak faham dan menganggap pihak kami kejam. Sedangkan kami ingin membina karier mereka sehingga berjaya dan boleh bergelar jutawan.
“Lihatlah mana-mana artis yang telah melanggar perjanjian kami. Di mana tahap kedudukan karier mereka berada sekarang ini? Semuanya tidak terurus,” katanya kepadamStar Online.
Tambah David, bagi selebriti yang benar-benar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, kebanyakan mereka telah berjaya dan selepas itu barulah artis tersebut diberi kelonggaran dalam perancangan membina rumah tangga pula.
“Apabila sudah sampai di satu tahap, mereka (artis naungan MIG) sudah boleh dibenarkan bercinta kerana ketika itu mereka sudah matang dan bijak memilih pasangan yang terbaik untuk dijadikan sebagai teman hidup,” tegas David.
Dalam pada itu, dia berasa pelik apabila kebanyakan artis muda sanggup bersetuju mengikut syarat-syarat yang ditetapkan sebelum menandatangani perjanjian, namun selepas itu, perjanjian yang ditetapkan dilanggar pula.
“Memang sebelum menandatangani perjanjian bernaung di bawah MIG, sudah tertulis bahawa artis-artis tidak dibenarkan bercinta bagi satu-satu tempoh yang tertentu.
“Dan biasanya mereka akan bersetuju dengan segala syarat yang diberi semata-mata ingin peluang berlakon.
“Ada juga yang mahu jadikan MIG sebagai batu loncatan untuk mereka dikenali dengan lebih mudah, jadi mereka iakan sahaja segala perjanjian dan kemudian melanggar semua syarat-syarat itu,” ujarnya.
Bagaimanapun keadaan itu tidak pernah membuatkan David serik untuk mengambil bakat-bakat muda sebagai artis naungan syarikatnya.
Katanya, dia percaya, hanya artis yang terbaik sahaja yang akan kekal dalam MIG dan tidak berasa rugi jika ada artis yang mahu keluar daripada naungan MIG.
Antara artis-artis popular di bawah naungan MIG ialah Yana Samsudin, Wawa Zainal, Farid Kamil, Angah (Raja Lawak), Along Cham, Nora Danish dan Shaheizy Sam.
Sebelum ini Lisa Surihani dan Maya Karin juga antara artis naungan MIG. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Atilia Bergelar Tauke Studio Yoga

Atilia

Penyanyi bergenre jazz, Atilia Haron kini sudah bergelar ahli perniagaan apabila membuka studio yoganya sendiri yang diberi nama Yoga One That I Want Studio.
Semalam telah berlangsung majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat di studionya itu dan antara rakan artis yang hadir ialah Daphne Iking, Yasmin Hani dan suami, Shaarin Razali serta kaum keluarga Atilia sendiri.
Atilia yang merupakan anak kepada penyanyi veteran, Salamiah Hasan ini mengikut jejak langkah rakan-rakan Celepetsnya apabila kesemua enam mereka kini terlibat dalam perniagaan masing-masing.
Atilia dengan studio yoganya, Dynas dengan jualan baju ibu mengandung dan menyusu iaitu Dynas Nursing Attire, Sazzy Falak (jenama fesyen SF by Sazzy Falak) dan Yasmin dan Daphne Iking menerusi perniagaan baju kasual dan santai yang diberi nama Baajookoo.
Semoga perniagaan Atilia dan rakan-rakannya akan bertambah maju dari hari ke sehari dan diharapkan ramai rakan selebriti lain yang akan mencontohi semangat keusahawanan yang ditunjukkan oleh Celepets ini.
ATILIA1

ATILIA2
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ahmad Said Bidas PAS Terengganu

Ahmad Said

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini membidas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Ariffin Deraman yang mahu wakil rakyat PAS di negeri ini diberi peruntukan sama seperti wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Ini kerana katanya PAS yang pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 juga tidak menyalurkan peruntukan itu kepada wakil rakyat BN. “Di Kelantan, PAS menjadi kerajaan, ada mereka bagi peruntukan kepada wakil rakyat BN…begitu juga di Kedah dan Selangor pada penggal yang lepas, ada bagi kepada wakil rakyat BN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ariffin dalam sidang akhbarnya semalam berkata peruntukan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) sepatutnya diberi kepada wakil rakyat daripada PAS, sama seperti yang disalur kepada Pegawai Pembangunan DUN (PPD) sebelum ini.
Mengenai dakwaan bahawa Ahmad seorang Menteri Besar pendendam dan emosi kerana tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di DUN dan Parlimen yang BN kalah pada pilihan raya umum ke-13, Ahmad berkata kini sudah tiba masanya wakil rakyat PAS menjalankan tanggungjawab itu.
“Bukanlah bermakna kami akan mengabaikan rakyat cuma kami akan gunakan kaedah pendekatan lain untuk membantu rakyat seperti melalui pemimpin setempat, pegawai daerah dan agensi kerajaan yang lain.
“Agenda merakyatkan pentadbiran dan pembangunan akan diteruskan kerana kita mahu semua rakyat menerima limpahan hasil kemajuan Terengganu yang semakin pesat untuk tempoh beberapa tahun akan datang dengan kualiti perkhidmatan awam yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Ahmad menafikan spekulasi kononnya beliau akan menjawat jawatan menteri besar untuk tempoh tertentu sahaja sambil memberitahu bahawa spekulasi seumpama itu telah tersebar sejak beliau dilantik menteri besar pada tahun 2008.
Ahmad memulakan tugas rasminya sebagai menteri besar Terengganu untuk penggal kedua di pejabatnya di Wisma Darul Iman pagi ini setelah BN memenangi 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya umum lepas.
Beliau turut memegang tiga lagi portfolio iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Pelaburan; Tanah, Petroleum dan Sumber Asli serta Kerajaan Tempatan dan Perumahan. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Majlis Kesyukuran Anak Irma Hasmie Ikut Sunnah Nabi

Anak Irma Hasmie

Pasangan romantis, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer telah mengadakan majlis kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Redza Syah Irfhan, baru-baru ini.
Sebelum ini, Irma dan suaminya sudah membuat majlis aqiqah pada hari ketujuh kelahiran anaknya itu seperti mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Jurufoto rasmi, Harian Islam telah berkongsi gambar majlis yang berlangsung dalam suasana serba sederhana dan meriah itu dan diharapkan Redza Syah Irfhan yang dilahirkan pada 29 Mac lalu bakal menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapanya kelak. In syaa Allah.
2
3
4
5
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Fida Dan Zalif Kembali Bercinta?

Fida Dan Zalif Kembali Bercinta?

Adakah hubungan cinta di antara pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim dengan Zalif Sidek telah bersatu kembali?
Sebelum ini hubungan mereka telah terputus gara-gara Fida telah ‘diserang’ seorang wanita yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Zalif.
Namun, keakraban di antara Fida dan Zalif mula kembali terjalin selepas aktres itu telah menjemput Zalif ke kenduri kesyukuran yang telah diadakan di kediaman Fida, baru-baru ini.
Mereka juga tampil berpakaian sedondon sekali gus mengesahkan khabar angin bahawa mereka kini telah kembali bercinta seperti suatu masa dulu.
Mengulas mengenai perkara itu, Zalif berkata kepada Metro Ahad bahawa dia dijemput oleh Fida ke majlisnya itu dan pada kesempatan itu mereka gunakan untuk berbicara dari hati ke hati tentang apa yang telah terjadi sebelum ini dan menganggap semuanya sudah selesai.
Baguslah begitu, dunia hiburan kita ni kecil je, pusing-pusing jumpa orang yang sama.  Lebih baik buang yang keruh, ambil yang jernih.
Kalau benar mereka bercinta semula, diharapkan jodoh kalian akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin hendaknya.
Oleh:  AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Fasha Teruja Pertama Kali Sambut Hari Ibu

Fasha Teruja Pertama Kali Sambut Hari Ibu

Pelakon popular yang kini sedang berpantang, Fasha Sandha melahirkan rasa terujanya menyambut Hari Ibu yang jatuh pada setiap hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun.
Fasha baru saja bergelar ibu pada 15 April lalu selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Putera Rayfal hasil perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli.
Selain Fasha, ahli keluarga suaminya turut meraikan sambutan Hari Ibu dengan ibu mentuanya, Raja Norashikin di Kyoto Lab @ The Pool, Kuala Lumpur, semalam.
Jom layan dulu gambar keluarga bahagia bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Taib ini!
1
2
3
4
Oleh:  AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kabinet Mungkin Dibentuk Rabu Ini – 2 Menteri Cina Tetap Dilantik

PUTRAJAYA, 3 April -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama barisan jemaah menteri ketika sesi bergambar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.Turut sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat genap empat tahun beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri hari ini.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

Barisan Kabinet baru Malaysia dijangka dibentuk secara rasmi Rabu ini dengan menteri-menteri yang dilantik akan mengangkat sumpah di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Sumber memberitahu Mynewshub, perbincangan akhir mengenai senarai menteri-menteri yang bakal dilantik akan dimuktamad dalam masa terdekat.
“Paling lewat Selasa sudah ada pengumuman siapa yang dilantik untuk penggal seterusnya, mungkin Isnin dah boleh tahu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Antara yang dicadangkan pada peringkat ini ialah perlantikan 2 menteri Cina mewakili MCA dan MIC juga kekal dengan 2 menteri penuh.
“Jawatan untuk wakil MCA tetap akan dibuat memandangkan banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan wakil Cina dalam kabinet dikekalkan walaupun kaum itu hampir tidak mengundi langsung Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) Ahad lalu,” katanya.
Antara yang dijangka ditawarkan jawatan menteri adalah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau adalah Ahli Parlimen Bentong dan merupakan Menteri Kesihatan.
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Sekiranya apa yang dicadangkan itu menjadi realiti, maka jumlah menteri dari MCA berkurangan daripada 4 orang menteri penuh sebelum ini kepada hanya dua orang.
Bagi kuota MIC, Presiden parti, Datuk G Palanivel dan Datuk Dr S. Subramaniam akan kekal dalam kabinet baru.
SONY DSC
Selain itu menurutnya, penyertaan wakil dari Sabah dan Sarawak juga dijangka adalah yang terbesar dalam sejarah pembentukan kabinet kali ini.
Menurut sumber berkenaan, tiga menteri akan dilantik dari Sabah dan tiga lagi dari Sarawak.
“Jumlah menteri bagaimanapun dijangka kekal seperti sebelum ini (29 orang),” katanya sambil menambah tidak ada kementerian baru akan dibentuk.
Kata sumber itu, salah satu daripada enam yang bakal dilantik dari Sabah dan Sarawak mungkin wanita.
Beliau bagaimanapun menjelaskan awal-awal lagi bahawa Ketua Puteri UMNO yang juga Ahli Parlimen Papar dicadangkan kekal sebagai Timbalan Menteri.
Ketua Wanita UMNO dan BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga berkemungkinan besar tidak akan dilantik lagi.
Datuk Seri Shahrizat
Antara Menteri yang dijangka gugur pula adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (kedua-dua tidak bertanding).
Datuk Seri Ismail Sabri
Tempat Rais dicadangkan untuk diisi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Datuk Seri Ahmad Shabery
Manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang tewas dalam PRU-13 juga dijangka tidak akan dilantik.
Khairy Jamaluddin yang tanpa segan silu menawarkan diri untuk berada dalam Kabinet pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pula dijangka akan dilantik ke jawatan Timbalan Menteri.
Khairy Jamaluddin
Seorang lagi Timbalan Menteri baru yang dicadangkan adalah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul rahman.
Najib juga dijangka akan mengurangkan perlantikan Senator untuk mengisi jawatan di peringkat kementerian, kata sumber itu.
“Namun akan ada juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik sebagai senator untuk mengisi jawatan Timbalan Menteri,” katanya.
Selain itu, kejutan mungkin berlaku apabila Kementerian Pembangunan Wanita mungkin diterajui Menteri lelaki menurut sumber berkenaan.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kalah Pertaruhan, Jutawan Richard Branson Jadi Pramugari Air Asia!

Kalah Pertaruhan, Jutawan Richard Branson Jadi Pramugari Air Asia!

Hartawan penerbangan Sir Richard Branson mendarat di Kuala Lumpur tengah hari ini dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhan kepada Ketua Eksekutif AirAsia Tony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas.
Beliau berlepas dari Perth pagi Ahad dengan penerbangan amal untuk mengumpul dana ke Kuala Lumpur, dengan berpakaian wanita.
The Australian Associated Press melaporkan di sebuah bar di Perth CBD pada Sabtu malam, Branson membenarkan pramugari AirAsia mencukur bulu kakinya.
Terdapat alasan kukuh kenapa beliau mengambil masa yang lama untuk menunaikan janjinya itu apabila kakinya patah, terbabit dalam kemalangan semasa menaiki belon udara panas untuk menyaksikan prototaip Virgin Galactic, yang akan melakukan penerbangan komersil ke angkasa
“Ya, memang betul. Kami sama-sama memiliki pasukan Grand Prix dan saya amat yakin yang saya akan menang,” kata Branson sepertimana dipetik oleh AAP.
“Berlaku kesilapan. Sudah tentu pemandu pada perlumbaan itu tidak lagi bersama-sama kami. Saya berusaha untuk mengelak berada di sini (dalam penerbangan amal ini), tetapi tahu perlu tunaikannya.”
Sementara itu, Fernandes yang dicabar untuk menunaikan janjinya, mengumumkan akan menjadi seorang daripada pelancong angkasa dalam penerbangan komersil pertama Virgin Galactic, merupakan penerbangan yang amat mahal.
“Apa yang beliau (Branson) tidak sedar ialah sebaik sahaja saya pergi ke angkasa, akan ada versi tambang murah – AirAsia Galactica, kira-kira 10 peratus daripada harga yang beliau kenakan,” katanya.
Dana daripada penerbangan amal itu akan disalurkan kepada Starlight Foundation untuk kanak-kanak sakit. – BERNAMA
stewardess-richard-branson-serves-passengers-20130511-174232-152
stewardess-richard-branson-serves-passengers-20130511-173548-298
Richard-Branson-flight-attendant-468x263



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

VIDEO: Lagi ‘Keek’ Sharifah Sakinah…SAYA SEBENARNYA PONDAN!

VIDEO: Lagi 'Keek' Sharifah Sakinah...SAYA SEBENARNYA PONDAN!

PEMINAT industri hiburan tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan klip ‘Keek’ pelakon Sharifah Sakinah yang bercakap mengenai bra dan seluar dalam merah.
Rupanya bukan itu saja. Ada sebuah lagi ‘Keek’ yang cukup ‘pelik’ dari beliau.
Kali ini dia bercakap mengenai kisah – SAYA SEBENARNYA PONDAN.
Ada yang kata ‘Keek’ Saya Sebenarnya Pondan itu dibuat lebih awal dari itu.
Lebih membuatkan peminat geleng kepala apabila di akhir video itu, dia menunjukkan sebuah benda seperti beg kecil yang berbentuk kemaluan lelaki.
Ini katanya;
” Bahawasanya saya memang pondan dan saya akan tunjukkan bukti-bukti saya seorang pondan…ke bawah..ke bawah lagi, ah malulah, kita malulah.
” Bawah…bawah…ANGRY BEBIRD!!!,”
Adoyyyylaaaaaaaaaaaaaaaa…………………



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lisdawati Masih Terima Watak TAK BERTUDUNG Walau Sudah Bertudung

Lisdawati

Pelakon Lisdawati kini tampil dengan imej terbaru dengan berhijab sepenuhnya mengikut jejak langkah kebanyakan artis wanita lain contohnya seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Irma Hasmie dan Abby Abadi.
Namun tidak seperti artis-artis wanita itu yang tidak mengambil sebarang tawaran kerja jika terpaksa menanggalkan hijab mereka, Lisdawati pula bersikap sebaliknya.
“Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat.
“Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan ke arah kebaikan.
“Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga,” jelasnya kepada portal Murai.
Diharapkan dengan penjelasan Lisdawati ini, masyarakat di luar sana tidak terus menghukum dirinya, sebaliknya harus mendoakan semoga pelakon hebat ini akan terus beristiqamah dalam pemakaian hijabnya pada masa akan datang.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ibu Uzur… Pak Nil Undur Diri Dari Masterchef Selebriti

Aznil Hj Nawawi

Rancangan masakan popular, Masterchef Selebriti Musim ke 2 (MSM2) nyata mempunyai elemen kejutan dan dramanya yang tersendiri.
Terbaru, menerusi episod malam semalam, pengacara popular, Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil telah membuat keputusan untuk menarik diri dari MSM2 kerana keadaan ibunya yang kini berdepan dengan masalah kesihatan.
Pak Nil membuat keputusan drastik itu selepas salah seorang peserta iaitu pengarah Micheal Ang sepatutnya disingkirkan selepas masakan tunanya yang tidak berapa digemari oleh ketiga-tiga juri tetap rancangan itu iaitu Chef Adu, Chef Zubir dan Chef Joe.
Micheal Ang kemudiannya mendapat peluang kedua apabila pihak juri menghormati keputusan Pak Nil dan turut mendoakan kesihatan ibu selebriti popular itu agar kembali cepat sembuh seperti sedia kala.
Buat Pak Nil, semoga tabah dengan ujian yang menimpanya dan sebagai anak, keputusan yang dibuat Pak Nil dilihat amat bertepatan kerana seorang anak seharusya sentiasa berada di sisi ibunya tidak kira di kala mereka sedang sihat mahupun sakit.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Penarik Kereta Maut Terkena 3 Das Tembakan

Maut

ALOR SETAR – Seorang penarik kereta maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya di sini, malam tadi.
Mayat M Nagenthiran, 30, ditemui kira-kira 15 meter dari kawasan rumah pangsa itu pada jam 12.30 tengah malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan V Savaranan yang dihubungi mengesahkan pembunuhan itu dan berkata seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai rakan mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
“Satu tembakan dikesan di bahagian kepada dan dua lagi di bahagian belakang Nagenthiran,” katanya.
Savaranan berkata, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.
Isteri mangsa, G Parameswary, 29, berkata ketika kejadian dia dan dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun sedang tidur dan tidak menyedari kejadian itu sehingga diberitahu oleh pihak polis.
“Sebaik diberitahu, saya terus keluar dan mendapati mayat suami saya terbaring berlumuran darah di koridor rumah pangsa berkenaan,” katanya yang baharu berpindah ke situ enam bulan lalu.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia ternampak dan terdengar pertengkaran antara beberapa lelaki berhampiran rumah pangsa itu.
“Tiba-tiba satu bunyi letupan kuat seperti tembakan pistol kedengaran. Bimbangkan keselamatan diri saya, saya duduk dalam rumah dan kemudian menghubungi polis,” katanya.
- BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jimmy Berhabis RM20,000 Urusan Mahkamah

Jimmy Shanley

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley akui telah berhabis lebih RM20,000 untuk urusan guaman dan mahkamah dalam usaha menyelesaikan isu rumahtangga dan perceraiannya dengan bekas isteri, Nursuhailai Elaini Suhaimi sejak hampir 3 tahun lalu.
Jimmy Shanley berkata dia tidak kisah menghabiskan duit sebanyak itu asalkan haknya sebagai suami (sebelum berpisah) dan bapa kepada anak hasil perkahwinannya, Zaharah Rania dapat dituntut dengan adil.
“Jika hendak dikira-kira balik, saya sudah berhabis duit sebanyak itu hanya untuk 5 kes makhamah sejak saya berkahwin hinggalah bercerai. Saya tahu ia nampak seperti membazir apabila saya terpaksa keluarkan sejumlah wang itu hanya kerana urusan hak selepas kahwin sedangkan saya sendiri tidak sempat merasakan nikmat perkahwinan itu.
“Namun, hendak buat bagaimana, mungkin ini sudah ketentuan daripadaNya. Apa-apa pun saya tetap perlu fight untuk hak saya, menang atau kalah itu kemudian,” katanya kepada murai.com.my sebelum perbicaraannya dengan bekas isteri, Nursuhaila bermula di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh. Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Sejak berkahwin dengan bekas isterinya itu sehingga kini dia terpaksa berhadapan dengan 5 kes mahkamah, termasuk permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, perceraian dan hak penjagaan anak (hadanah).
Tambah Jimmy lagi, dia tidak pernah bosan atau letih apabila terpaksa menguruskan hal mahkamah sejak lebih 2 tahun lalu dan kini seolah-olah seperti sudah sebati dengannya.
“Saya rasa naik turun mahkamah kini sudah sebati dengan saya pula. Tak tahu nak beritahu sama ada saya bosan atau tidak,” luahnya lagi.
Pada 9 Mei lalu, Nursuhaila telah memfailkan Permohonan Pergantungan Perintah Mahkamah terhadap salah satu perintah mahkamah iaitu membenarkan Jimmy Shanley bermalam dengan anak mereka selama 3 hari hak lawatan setiap minggu.
Namun, Hakim Syarie, Mawardi Che Man terpaksa meminta pihaknya mengubah atau meminda semula penggantungan perintah mahkamah itu sehingga 6 Jun sebagai tarikh untuk kedua-dua belah pihak membuat soal balas terhadap balasan afidavit tersebut sebelum penghujahan dibuat pada 11 Jun berikutnya.
Sumber: Murai


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story