KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley akui telah berhabis lebih RM20,000 untuk urusan guaman dan mahkamah dalam usaha menyelesaikan isu rumahtangga dan perceraiannya dengan bekas isteri, Nursuhailai Elaini Suhaimi sejak hampir 3 tahun lalu.
Jimmy Shanley berkata dia tidak kisah menghabiskan duit sebanyak itu asalkan haknya sebagai suami (sebelum berpisah) dan bapa kepada anak hasil perkahwinannya, Zaharah Rania dapat dituntut dengan adil.
“Jika hendak dikira-kira balik, saya sudah berhabis duit sebanyak itu hanya untuk 5 kes makhamah sejak saya berkahwin hinggalah bercerai. Saya tahu ia nampak seperti membazir apabila saya terpaksa keluarkan sejumlah wang itu hanya kerana urusan hak selepas kahwin sedangkan saya sendiri tidak sempat merasakan nikmat perkahwinan itu.
“Namun, hendak buat bagaimana, mungkin ini sudah ketentuan daripadaNya. Apa-apa pun saya tetap perlu fight untuk hak saya, menang atau kalah itu kemudian,” katanya kepada murai.com.my sebelum perbicaraannya dengan bekas isteri, Nursuhaila bermula di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh. Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Sejak berkahwin dengan bekas isterinya itu sehingga kini dia terpaksa berhadapan dengan 5 kes mahkamah, termasuk permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, perceraian dan hak penjagaan anak (hadanah).
Tambah Jimmy lagi, dia tidak pernah bosan atau letih apabila terpaksa menguruskan hal mahkamah sejak lebih 2 tahun lalu dan kini seolah-olah seperti sudah sebati dengannya.
“Saya rasa naik turun mahkamah kini sudah sebati dengan saya pula. Tak tahu nak beritahu sama ada saya bosan atau tidak,” luahnya lagi.
Pada 9 Mei lalu, Nursuhaila telah memfailkan Permohonan Pergantungan Perintah Mahkamah terhadap salah satu perintah mahkamah iaitu membenarkan Jimmy Shanley bermalam dengan anak mereka selama 3 hari hak lawatan setiap minggu.
Namun, Hakim Syarie, Mawardi Che Man terpaksa meminta pihaknya mengubah atau meminda semula penggantungan perintah mahkamah itu sehingga 6 Jun sebagai tarikh untuk kedua-dua belah pihak membuat soal balas terhadap balasan afidavit tersebut sebelum penghujahan dibuat pada 11 Jun berikutnya.
Sumber: Murai
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment