Pelakon Lisdawati kini tampil dengan imej terbaru dengan berhijab sepenuhnya mengikut jejak langkah kebanyakan artis wanita lain contohnya seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Irma Hasmie dan Abby Abadi.
Namun tidak seperti artis-artis wanita itu yang tidak mengambil sebarang tawaran kerja jika terpaksa menanggalkan hijab mereka, Lisdawati pula bersikap sebaliknya.
“Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat.
“Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan ke arah kebaikan.
“Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga,” jelasnya kepada portal Murai.
Diharapkan dengan penjelasan Lisdawati ini, masyarakat di luar sana tidak terus menghukum dirinya, sebaliknya harus mendoakan semoga pelakon hebat ini akan terus beristiqamah dalam pemakaian hijabnya pada masa akan datang.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment