Penarik Kereta Maut Terkena 3 Das Tembakan

Maut

ALOR SETAR – Seorang penarik kereta maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya di sini, malam tadi.
Mayat M Nagenthiran, 30, ditemui kira-kira 15 meter dari kawasan rumah pangsa itu pada jam 12.30 tengah malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan V Savaranan yang dihubungi mengesahkan pembunuhan itu dan berkata seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai rakan mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
“Satu tembakan dikesan di bahagian kepada dan dua lagi di bahagian belakang Nagenthiran,” katanya.
Savaranan berkata, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.
Isteri mangsa, G Parameswary, 29, berkata ketika kejadian dia dan dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun sedang tidur dan tidak menyedari kejadian itu sehingga diberitahu oleh pihak polis.
“Sebaik diberitahu, saya terus keluar dan mendapati mayat suami saya terbaring berlumuran darah di koridor rumah pangsa berkenaan,” katanya yang baharu berpindah ke situ enam bulan lalu.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia ternampak dan terdengar pertengkaran antara beberapa lelaki berhampiran rumah pangsa itu.
“Tiba-tiba satu bunyi letupan kuat seperti tembakan pistol kedengaran. Bimbangkan keselamatan diri saya, saya duduk dalam rumah dan kemudian menghubungi polis,” katanya.
- BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story