Kerajaan India Tolak Pembukaan Kelab Playboy

Kerajaan India Tolak Pembukaan Kelab Playboy

India – Hasrat sebuah syarikat, PB Lifestyle untuk membuka kelab Playboy di pantai Candolim di Goa terpaksa dilupakan selepas cadangan berkenaan ditolak oleh kerajaan.
Ia diputuskan selepas berbulan-bulan perkara berkenaan menjadi isu perdebatan.
Selain aktivis wanita, parti konservatif di negara itu turut menentang cadangan berkenaan yang disifatkan akan menggalakkan aktiviti pelacuran.
Dalam masa sama, kelab berkenaan juga hanya akan mempromosikan Goa sebagai bandar yang menjolok mata di kalangan masyarakat antarabangsa.
“Kita tidak boleh memberikan lesen untuk ia beroperasi di kawasan pantai itu,’’ kata Ketua Menteri, Manohar Parrikar.
Tahun lepas, PB Lifestyle yang beroperasi di Mumbai mengumumkan bahawa ia telah mendapat lesen eksklusif bagi membuka Kelab Playboy, hotel, bar dan kafe yang menjual barangan Playboy di India.
Sebagai permulaan kelab itu akan dibina di Goa dan kemudiannya dikembangkan ke selatan Hyderabad.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sanjay Gupta, beliau bercadang menjadikan Playboy sebagai jenama gaya hidup.
Namun ia tidak akan melibatkan unsur-unsur bogel atau perkara yang menyalahi amalan tradisi di negara berkenaan.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story