Yasmin Hani Kini Sudah Berbadan Dua?

Yasmin Hani

Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Yasmin Hani Richardson menyatakan dia akan mewar-warkan jika benar dirinya sudah hamil kelak.
Perkara ini timbul berikutan terdapat desas-desus daripada sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan pelakon cantik itu kini sudah berbadan dua.
Menjawab pertanyaan itu, Hani menjelaskan, “jangan dengar ura-ura, bila dah sah nanti saya akan beritahu. Saya pasti perlu beritahu juga nanti sebab perkara ini memang tak boleh nak sorok-sorok.
“Tahun ini adalah tahun kami mencuba (mendapatkan anak). Bila dah betul-betul sah nanti, saya pasti akan beritahu,” katanya yang dipetik menerusi MalaysianDigest.
Mungkin Hani dan suaminya, Shaarin Razali mengikut petua orang dulu-dulu yang mahu menghebohkan mengenai kehamilan hanya ketika usia kandungan sudah memasuki bulan yang ketiga.
Mana tahu kan?
Apa-apa pun kalau benar Hani sudah hamil, tahniah diucapkan dan semoga menjaga kandungannya dengan baik ya!
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story