Ana Raffali Selamat Dinikahkan Dengan Naim



KUALA LUMPUR – Tepat jam 11.50 pagi tadi, penyanyi wanita yang sinonim dengan berbaju kurung, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim dengan hanya sekali lafaz.
Ana dan Aznaim selamat dinikahkan oleh bapa Ana sendiri dalam majlis pernikahan ringkas yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Gombak.
Dalam majlis pernikahan itu, pihak lelaki telah menghantar tujuh dulang hantaran berupa sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan, gelang tangan perak dan wang hantaran serta mas kahwin sebanyak RM11,412.
Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin serta sirih junjung.
Ana yang manis berbaju nikah berwarna kelabu dalam majlis itu sebelum ini jujur mengakui hatinya sukar untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya memandangkan sudah dikecewakan banyak kali dan kecundang di dalam hubungan percintaan.
Namun, Aznaim yang merupakan sahabat karibnya telah merubah persepsi dan tanggapan Ana itu dan terus melamar Ana untuk dijadikan suri hidupnya.
Gambar-gambar sepanjang resepsi pernikahan Ana dan suaminya dari blog hiburan Rotikaya.com juga jelas menunjukkan cahaya kebahagian berjaya ditemui Ana dan membuatkan hatinya mekar dengan kuntuman kasih dan sayang untuk bergelar seorang isteri.
Baru-baru ini, pasangan artis terkenal, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim juga telah selamat bersatu menjadi pasangan suami isteri dengan disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Semoga ikatan yang terjalin buat pasangan-pasangan artis yang baru diijab kabul ketika ini akan kekal bertahan dan sentiasa dikurniakan kebahagian dan rezeki dari Tuhan. Amin.
Ana Raffali Selamat Dinikahkan Dengan Naim

Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story