Tarian Gelek…Sejarah Dan Kisahnya


Tarian Gelek...Sejarah Dan Kisahnya
Tarian gelek sering kali dilihat sebagai tarian yang mampu memberikan keghairahan dan dianggap tarian yang membawa kepada simbol seks apabila penari-penari gelek, terdiri dari kaum wanita akan memakai pakaian atau kostum yang mendedahkan hampir keseluruhan tubuh badan mereka.
Dari segi sejarahnya, tarian gelek adalah amalan ritual menyembah dewi-dewi di Timur Tengah pada suatu ketika dahulu dan semakin pupus di telan zaman. Era kegemilangan tarian gelek bermula sebagai upacara untuk menyambut kelahiran bayi di zaman purba dahulu kala. Pada masa itu, kebanyakan golongan yang memonopoli tarian ghairah itu adalah golongan ibu-ibu dan gadis muda.
Dalam Bahasa Arab, tarian gelek lebih dikenali sebagai Raks Sharqi yang bermaksud ‘Tarian Oriental’. Kemudiannya, tarian itu diterjemahkan kepada Du Ventre Danse dalam Bahasa Perancis atau sebagai tarian perut yang digunakan untuk menggambarkan tarian suku kaum dari kumpulan Berber di Algeria iaitu Nail Oulid.
Tarian gelek bukan hanya dilakukan oleh golongan wanita di Timur Tengah sahaja. Sebaliknya, tarian itu juga semakin terkenal di serantau dunia yang menekankan pergerakan pinggul dan perut hinggalah semakin terkenal sebagai tarian antarabangsa.
Pada kurun ke-19 hingga kurun ke-20, terdapat hampir 10 orang penari gelek yang terkenal ketika zaman keemasan Mesir dan ada di antara mereka adalah pengasas serta memberikan ilham gaya-gaya tarian yang tersendiri untuk tarian itu.
Seperti Badiaa Masabni, dia adalah pengasas bagi Opera Casino di Mesir dan menjadi inspirasi tercetusnya perkembangan tarian gelek. Bagi Badiaa, dia mencipta dan menjadikan tarian gelek itu sebagai punca pendapatan dan mensasarkan golongan atasan dan Barat sebagai target utamanya. Wanita itu juga telah mencipta pola tarian yang tidak diketahui asal usulnya hingga terdapat lagi beberapa orang wanita hadir ke Opera Casino untuk mencuba nasib sebagai penari gelek.
Dilahirkan di Lubnan, Badiaa telah pun berhijrah ke Mesir pada kurun ke-18 ketika tarian gelek berada di kemuncak kegemilangan dan telah mengubah nasib beberapa orang gadis lain yang di letakkan di bawah bimbingannya.
Antara yang berjaya menjadi penari gelek terkenal hasil didikan Badiaa, ialah Tahia Carioca, Samia Gamal, Naima Akef, Farida Mazar Spyropoulos, Hekmet Fahmy, Shafiqa Al-Qibtiyya, Houreyya Mohammed, Hagar Hamdi dan Beba Ezzedin yang meletakkan nama Opera Casino sebagai pusat tarian yang terhebat di waktu itu.
Bagaimanapun, banyak negara-negara di Timur Tengah pada hari ini telah pun mengharamkan aktiviti tarian gelek kerana aksi dan perlakuan yang menghairahkan ditonjolkan sewaktu wanita-wanita menari. Selain itu, banyak juga penggerak-penggerak Islam dan pertubuhan Muslim telah membuang dan mengharamkan semua rancangan yang berunsurkan tarian gelek di kaca televisyen dan pusat-pusat hiburan.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story