Melihatnya atau memberkasnya? Pasti kita tidak berani memberkas penjenayah terbabit kerana takut diapa-apakan. Lain pula berlaku pada seorang wanita cina ini. Ia sebenarnya tidak disengajakan sewaktu beliau merakam video di stesen LRT tersebut.
Disaat wanita terbabit mahu masuk ke dalam LRT tersebut sambil merakam video, beliau ternampak kelibat suspek mencuri handphone. Suspek tersebut adalah seorang wanita hamil. Wanita yang merakam tersebut ingin menahan suspek yang mencuri terbabit tetapi suspek itu tidak mahu mengaku mencuri dan mahu melarikan diri.
Semasa mereka bergelut, macam biasalah orang awam hanya tersenyum melihat kononnya ada aksi pergaduhan. Tidak lama kemudian, polis tiba menahan suspek terbabit. Difahamkan, suspek tersebut dilepaskan dengan syarat ikat jamin. Mengenai handphone yang dicuri tersebut, beliau meletakkan di forum atau laman sosial untuk memaklumkan dan mencari kepada pemilik handphone tersebut. Akhirnya pemilik handphone tersebut berjaya ditemui dan pemilik handphone tersebut menganggap wanita tersebut adalah wira beliau...
Inilah video pada situasi tersebut :
kredit: terowonginformasi
0 comments:
Post a Comment