KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor (Jac) menolak dakwaan kononnya dia telah memperlekehkan penyanyi Najwa Latif bertujuan untuk mematahkan semangatnya sebelum beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), pada 29 Januari lalu.
Dalam pertandingan itu, Jac bertanding menerusi Sedetik Lebih dan Beribu Sesalan, sementara Najwa Latif muncul dengan lagu keramatnya, Cinta Muka Buku.
Menurut Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 34, tuduhan yang pertama kali didengarnya itu adalah sesuatu yang melampau dan tidak logik.
“Bagaimana boleh timbul tuduhan kononnya saya merendahkan eNajwa untuk menjatuhkan semangatnya sebelum beraksi di AJL sedangkan saya tidak bertembung dengannya langsung di belakang pentas.
“Selepas persembahan lagu Sedetik Lebih, saya hanya mengurung diri di dalam bilik menunggu kerana mahu membuat persiapan untuk lagu Beribu Sesalan pula.
“Secara logiknya bagaimana saya hendak bertembung dengan dia kerana giliran persembahan kami jauh. Untuk apa saya berperangai sebegitu kerana saya sibuk menumpukan perhatian untuk persembahan sendiri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jac berkata dakwaan itu adalah terlalu kejam dan memalukan kerana sebagai penyanyi yang baru beberapa tahun dalam bidang nyanyian, dia sentiasa sedar akan kedudukan dan statusnya.
“Tak perlu saya merendah-rendah atau mempersendakan orang lain walaupun dia penyanyi baru. Saya sedar kedudukan dan status saya dalam bidang muzik.
“Saya bukannya penyanyi yang hebat atau berpengalaman sehingga merasakan diri ini terlalu gah atau besar seperti dakwaan itu.
“Kalau hendak tahu, saya pernah bercakap bahawa kita tidak boleh memandang rendah pada keupayaan lagu budak ini (NajwaL), jika tidak mana mungkin ia diminati ramai dan melangkah ke AJL,” katanya.
Bercerita tentang pembabitannya selaku peserta program realiti nyanyian terbaru, Mania, Jac berkata dia enggan terlalu memikirkan mengenai peluang dalam pertandingan yang rata-ratanya disertai oleh penyanyi lebih muda dan popular.
“Saya tidak mahu fikirkan soal menang, kalah, mahupun sejauh mana saya dapat bertahan dalam program itu.
“Ia bergantung kepada undian peminat dan rezeki. Apa yang lebih bernilai adalah peluang untuk bekerja dan menimba pengalaman daripada tiga komposer hebat Datuk M. Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito,” katanya.
kredit: mummynemo
0 comments:
Post a Comment