Obama Nyanyi Lagu Blues Dalam White House,Terus ‘Meletup’ Dalam Youtube. HANGAT!!



Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam tunjuk ‘bakat’ lain selain daripada politik.
Beliau mengejutkan banyak pihak apabila dengan selamba menyanyikan sebuah lagu blues di White House.
Dalam majlis bagi memperingati Black History Month itu, Presiden Obama menyanyi bersama penghibur terkenal lain seperti Mick Jagger dan B.B. King.
Pemimpin nombor satu negara Uncle Sam itu membawakan lagu “Sweet Home Chicago” setelah Mick Jagger memberinya mikrofon.
” Adakalanya bila hendak berjalan-jalan, untuk meredakan fikiran…Perkhidmatan Rahsia enggan membenarkan saya berbuat demikian dan ini agak mengecewakan.
” Tetapi bila Mick Jagger dan B.B King datang ke rumah anda dan membuat persembahan…ia sesuatu yang sungguh di luar kawalan,” katanya sebelum mendendangkan beberapa rangkap daripada lagu blues tersebut.
Hingga kini klip nyanyiannya menjadi salah satu video ‘favorite’ dalam laman YouTube.
Mungkin member nak ‘release tensionlah tu’…nak fikir macam mana nak kekal di White House, macam mana nak serang negara Arab dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi…. –Oleh SYAHRIL A. KADIR

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story