Android Termurah Di Malaysia- RM500|Telefon Pintar Murah


DMD Mobile Sdn Bhd yakin mampu mencapai jualan lebih 100,000 unit telefon pintar android keluarannya, M3 Communicator yang ditawarkan pada harga di bawah RM500 menjelang akhir tahun ini bagi pasaran Malaysia dan eksportnya.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M Daud berkata, pihaknya akan menembusi pasaran Sri Lanka pada Mei ini dan seterusnya ke negara lain seperti Indonesia serta Barcelona, Sepanyol menerusi perbincangan dengan syarikat telekomunikasi di negara terbabit.
Beliau berkata, syarikat komited memberi pilihan kepada orang ramai yang mahukan telefon pintar seperti BlackBerry dan iPhone, tetapi pada harga yang lebih murah dihasilkan syarikat tempatan.
“Kami percaya telefon pintar M3 Communicator ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna kerana selain harga yang 50 peratus lebih murah berbanding telefon pintar di pasaran, kami juga menekankan kualiti produk serta menyediakan semua kemudahan pelayaran Internet dan pelan data.
“Malah, menjelang April ini kami menyasarkan menjual kira-kira 5,000 unit M3 Communicator di seluruh negara dan merancang mengeluarkan antara dua atau tiga model baru tahun ini dengan mengekalkan harga RM500 bagi setiap jenis telefon pintar,” katanya pada majlis pelancaran M3 Communicator di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Ketua Pegawai Teknikal DMD Mobile, Herve Jegou.
Dr Mohammed berkata, sasaran pengguna ialah golongan berpendapatan rendah serta masyarakat di luar bandar dan antara ciri telefon itu termasuk platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, komunikasi bersepadu dan sembang, e-mel mudah alih dan sistem rangkaian sosial dilengkapi teknologi NFC.
kredit: bryanemo

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story