Penatlah dengan masalah sosial yang berlegar di malaysia neh. Lepas satu, satu. Tak habis-habis dengan masalah sosial itu neh. Rasanya dah macam2 alternatif dibuat untuk membendung tetapi masih lagi kes2 seperti neh berlaku dan semakin menambah dari hari ke hari.
Terbaru membabitkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun. Baru 13 dah pandai merogol orang. Baca bawah neh ;
Media semalam melaporkan bahawa seorang remaja berusia 13 tahun, sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di Padang Besar, Selasa lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.
Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin,” katanya.
Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya. -SUMBER-
Nota : Gambar merujuk kepada arkib berita.
0 comments:
Post a Comment