Exco Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar & Seniman Hulurkan Bantuan Kepada Bob Kuman


Hujan yang tersangat lebat & kesesakan yang terlalu kurang ajar tidak mematahkan semangat kami untuk melawat Bob Kuman yang sedang terlantar sakit di rumahnya di Kota Damansara.
Agak pilu hati kami apabila melihat seorang lelaki berbadan besar dan dikenali dengan sifat kelakar dan ramahnya suatu ketika dahulu nampak tidak bermaya dan bercakap dengan suara yang lemah.
Sebelum ini kita semua sudah pun mengetahui bahawa Bob Kuman sekarang ini sedang bertarung dengan kesakitan beliau dan memerlukan bantuan dari masyarakat yang prihatin dengan keadaannya yang agak kesempitan ketika ini. 
Petang tadi Seniman yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Zed Zaidi telah membuat lawatan rasmi bersama dengan Exco Pemuda UMNO Malaysia Biro Kebudayaan dan Kesenian, Jamawi Jaafar untuk menghulurkan bantuan kepada Bob Kuman untuk meringankan beban kos perubatan artis itu.
Bob Kuman yang tidak tahu menahu dengan lawatan mengejut itu mengucapkan terima kasih dan berasa terharu dengan bantuan yang di’berikan oleh Seniman dan pemuda Umno Malaysia. Yang pasti kita semua harus mendoakan kesihatan Bob Kuman dan berharap artis itu boleh menceriakan kita semua di kaca TV dengan lawak jenakanya secepat mungkin.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story