Lima Usul Kementerian Kewangan Dilulus


Lima Usul Kementerian Kewangan Dilulus
KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan lima usul yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Usul tersebut ialah memindahkan RM28,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) dan RM6,992 juta wang terimaan Sukuk Tempatan yang diterima.
Ia juga bagi memindahkan RM3,418 juta wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (BPM) yang diterima di bawah seksyen 2(1) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 (Akta 188), ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.
Dewan turut meluluskan usul supaya Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) dipinda dengan meminda kepadanya butiran sedia ada “Kumpulan Wang Amanah Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara” kepada Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan.
Usul supaya Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti Kumpulan Wang Amanah Bagi Pembangunan Projek ICT Sektor Awam, juga diluluskan.
Selain itu, Dewan Rakyat meluluskan supaya kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan secara pegangan ekuiti dalam ASEAN Infrastructure Fund Limited, syarikat yang dimiliki negara anggota ASEAN dan Bank Pembangunan Asia (ADB). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story