Kanak-Kanak Parah Dibaham Anjing Jiran


Parah Dibaham Anjing Jiran
CARDIFF – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun mengerang kesakitan sejurus selepas dibaham seekor anjing bernama Tyson, semalam.
Erfan Ali dikejarkan ke hospital selepas dibaham anjing berkenaan yang melompat pagar setinggi 1.3 meter untuk memasuki perkarangan rumahnya di Cardiff ketika kanak-kanak itu membantu ibunya, Monowara dan kakaknya, Masudah, mengangkat kain jemuran.
Monowara, 37, lari bersama-sama anaknya ke dalam rumah tetapi gagal menyekat anjing itu daripada memasuki dapur dan meneruskan serangan.
Anjing baka Rhodesian Ridgeback itu membaham kedua-dua pipi dan tangan kirinya.
Pemilik haiwan itu, Kevin Large, 27, bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.
Anjing itu kemudian ditembak mati.
Anjing baka Rhodesian Ridgeback terkenal kerana keberaniannya dan pernah digunakan untuk memburu singa di Afrika.
Seorang hakim memberitahu Large, dia boleh dipenjarakan atas kesalahan gagal mengawal haiwan peliharaannya itu.
Hukuman akan dibacakan pada perbicaraan bulan depan.
Sehubungan itu, Erfan sudah menjalani beberapa pembedahan plastik.
Bapanya, Dilwar berkata: “Parut akibat serangan itu bukan saja berbentuk fizikal. Erfan sentiasa menangis sebelah malam dan tidak mahu tidur bersendirian. Dia kini begitu takut dengan anjing.” – Agensi

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story