Ibu Ambil Sperma Anak Untuk Cipta Cucunya


AUSTIN – Bagi menunaikan hasrat seorang anak lelakinya yang mahukan anak, seorang ibu di Amerika Syarikat (AS), Missy Evans mengambil sperma anaknya yang mati dibunuh untuk tujuan ‘mencipta’ cucu, lapor sebuah akhbar semalam.
Evans yang berumur 42 tahun kini mencari seorang ibu tumpang untuk menghamilkan benih anak lelakinya, Nikolas, 21menerusi kaedah persenyawaan berhadas selepas mendapat kebenaran sebuah mahkamah untuk berbuat demikian.
“Dia benar-benar mahukan anak. Seseorang (pembunuhnya) telah menghancurkan hasrat anak lelaki saya,” kata Evans.
Tindakan wanita itu mencetuskan kemarahan sebahagian rakyat AS di mana seorang profesor pengajian falsafah dan agama Universiti Ohio, Mark Vopat menyifatkan kes tersebut membimbangkan. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story