Ada yang berkata Cinta itu perlu dalam perkahwinan. Perkahwinan atas dasar cinta kepada Allah memang sangat-sangat perlu, dan ianya memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Manakala bercinta atas darsar suka-suka atau memuaskan hawa nafsu sangat ditegah kerana ia bukan mendatangkan kebaikkan tetapi hanya mendatangkan kemungkaran dan keburukan pada masa akan datang.
Jangan bercinta jika anda tidak mahu akhirinya dengan perkahwinan. Ada orang seperti tidak tahu kenapa mereka bercinta. Mereka habiskan masa seharian bersama–sama, tetapi penghujungnya adalah tidak pasti. Tiga sebab yang ingin dikongsikan disini bersama anda mengapa anda perlu cepat–cepat berkahwin selepas menemui pasangan yang sesuai.
Anda Akan Lebih Bahagia
Adanya ikatan yang sah akan mengurangkan risiko hubungan anda berdua dari di ganggu anasir yang tidak baik. Anda juga lebih bahagia kerana bebas untuk bergerak ke mana–mana sahaja yang anda suka. Hubungan seks juga boleh di lakukan secara sah dan anda boleh memiliki keluarga yang sah tanpa ada kerisauan di dalam hati.
Dugaan Kurang
Orang yang bercinta selalunya akan ada banyak dugaan yang pelik–pelik. Contohnya jika anda bergaduh akan perkara kecil, hubungan anda berdua mungkin akan terus terputus kerana tiadanya ikatan yang sah antara anda berdua. Sebab itu ramai yang bercinta terlalu lama, akhirnya berkahwin dengan orang lain.
Boleh Fokus Beribadah Dan Kejar Impian
Apabila anda berkahwin, masalah anda untuk fokus sudah hilang kerana si dia sudah sah jadi milik anda. Anda boleh beribadah dengan tenang dan anda juga bebas untuk mengejar impian anda.
Ayat Cinta Versi English mengatakan bahawa
“You must marry your loved ones. With love, you can overcome anything. Because, true love is the most powerful magic in the world”
Percintaan tanpa ada perancangan akhir hanya akan memberi kesakitan pada akhirnya berbanding kebahagiaan. Perkahwinan adalah perkara yang penting. Jadi, cintailah seseorang yang anda rasa akan jadi pasangan anda kelak.
0 comments:
Post a Comment