Gambar di atas saya rakamkan pada jam 6 petang tadi. Bob Kuman, pada pengamatan saya kelihatan lebih sihat dan mampu mengukirkan senyuman.
Biarpun tangannya dicucuk jarum berulang kali.
Sewaktu menziarahi Bob, saya bersama 3 rakan, kru 666, Razali, Adam dan Farid. Sebelum itu kami minum petang di Restoran Bestari Maju, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Sejak 15 April lalu, saya menerima purata 200 panggilan dan pesanan ringkas sehari bertanyakan perihal Bob. Satu kes paling menyentuh hati saya. Seorang pelajar tingkatan 3 menghantar kreditprepaid berjumlah RM5 melalui nombor telefon 016 saya. Katanya, nanti abang tolong berikan RM5 itu kepada abang Bob. Saya pelajar sekolah lagi, itu sahaja mampu saya sumbangkan kepada pelawak amat saya minati. Saya suka sebab selama ini, dia membuat ramai orang tertawa. Saya ingin dia juga gembira menerima sumbangan saya. Bob menitiskan airmata sewaktu saya menyerahkan RM5 itu kepadanya," jelas Razali.
Mewakili Bob, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada remaja terbabit dan semua pembaca sudi menghulurkan bantuan.
Untuk rekod, petang semalam, sahabat saya, Razali, kini mendapat jolokan 'PA Bob Kuman', tergelincir di tangga sewaktu turun dari apartment artis terbabit dan terpaksa mendapatkan rawatan doktor.
"Macam mana keadaan Bob, Farid?," soal saya.
"Saya telah menghubungi doktor dia di Hospital Tawakal Kuala Lumpur dan kemudian pergi ke hospital terbabit untuk membelikan ubat atas nasihat doktor abang Bob. Ubat itu untuk merangsang supaya lebih banyak air keluar dari badannya. Doktor nasihatkan dia supaya jangan meminum terlalu banyak air," ujar jururawat ELS Healthcare Services itu.
Sewaktu berada di rumah Bob, dia menunjukkan kepada saya katil baru, bersaiz lebih besar dibeli dari Ah Chai dengan harga diskaun lebih 30%. Katil bersaiz King itu kelihatan sesuai untuk dia berbaring berbanding katil lebih kecil digunakan sebelum ini.
"Gua petik nama lu lah bro, sebab itu dapat murah," celahnya bersahaja.
Sedang Farid menyuntikkan ubat dibeli ke tubuh Bob, saya merakamkan gambar pelawak dilahirkan pada 15 April 1971 itu.
Happy belated birthday Bob!
Alamat terbaru Bob, C1-4-4 Apartment Salvia, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara.
Biarpun gambar di MyKad miliknya kelihatan seperti ganas, hakikatnya Bob ternyata berhati lembut dan gemar bergurau biarpun sedang sakit.
"Urat sebelum ini sudah mengecut sebagai air berkurangan. Saya kena tarik jarum ini dan cucuk di tempat lain pula, boleh bang?," soal Farid kepada Bob.
Berikut reaksi wajahnya.
Ahah! Takut jarum rupanya.
Macam baby.
"Berapa kali awak cuba untuk mencari urat darah itu Farid?," soal saya lagi.
"Dua kali sahaja bang. Pertama, saya mencuba di tangan kiri, gagal. Di arteri tangan kanan, berjaya. Alhamdulillah," jelasnya.
"Lazimnya kalau saya pergi hospital, mesti dalam empat kali cucuk baru boleh dapat. Kira awak lebih baiklah," puji saya.
Farid, jururawat untuk kru Penyingkap Fakta dalam setiap tinjauan kami jalankan selama ini.
Sebelum ke rumah Bob, saya sempat bertemu Naib Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, selepas beliau menziarahi Bob. Nantikan kupasan hasil temubual eksklusif saya bersama Zed mengenai kehadiran artis dari negara asing di Malaysia.
"Sebilangan orang berasa tidak berpuas hati kerana Zed dikata mengeluarkan kenyataan mengenai Aaron Aziz selepas pelakon warga Singapura itu memenangi Anugerah Artis Paling Popular," kata saya.
"Tidak bang. Sebelum itu saya telah membangkitkan isu itu," jawab Zed.
Bukti dakwaan itu bakal saya dedahkan kelak untuk bacaan pelayar blog ini.
Untuk rekod, kira-kira jam 2 petang hari ini, saya berada di Maybank Cawangan Kota Damansara di PJU5.
"Saya datang ke sini untuk bertanya mengapakah akaun saving Bob Kuman disekat sedangkan orang ramai berhasrat untuk menyumbang, membantu dia?," kata saya.
Pada masa sama, saya menunjukkan kepada kakitangan terbabit, entri berhubung penderitaan Bob menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus saya.
"Dia telah menghubungi puan sebelum ini," kata saya lagi.
"Ini kali pertama saya bercakap dengan dia (Bob), sedang online," jawabnya.
"Kalau ini kali pertama, saya berasa amat hairan, bagaimanakah Bob boleh memberikan nama puan kepada saya dan cawangan Maybank dia hubungi?," soal saya.
Pegawai itu tidak mengetahui, sebenarnya saya meminta Bob menghubungi dia beberapa minit sebelum saya melangkah memasuki institusi perbankan terbabit.
Jika berlaku kekeliruan sekalipun, tujuan saya ke bank itu jelas.
"Bob berada dalam kesusahan dan kita harus memikirkan cara untuk membantu agar dia tidak lebih disusahkan lagi. Akaun dia dibekukan pada 16 April, sehari selepas kisahnya saya paparkan di blog. Barangkali kerana terlalu banyak transaksi. Empat hari kami mencuba menghubungi Maybank supaya akaun itu diaktifkan semula tetapi tidak berjaya," ujar saya.
Pihak Maybank harus faham, Bob tidak mampu bergerak, jauh sekali untuk berkunjung ke Menara Maybank untuk menyelesaikan masalah timbul, seperti disyorkan.
Saya kemudian duduk menunggu di kerusi di hadapan kaunter dan kemudian menerima panggilan dari Pegawai Perhubungan Korporat Maybank.
Tiada penjelasan.
Sebagai rujukan, sewaktu keluarga arwah Faris berhadapan dengan detik genting sebelum Faris menghembuskan nafas terakhir, akaun Maybank ayah arwah juga disekat oleh Maybank, sila klik di sini.
Saya dimaklumkan oleh pihak Maybank, tindakan menyekatkan akaun terbabit dilakukan bertujuan untuk mengelakkan kes penipuan.
"Sebab itu usaha dilaksanakan untuk memaklumkan pihak bank, ini bukan kes penipuan tetapi sampai ke hari ini, akaun terbabit masih disekat. Ratusan orang ingin mendepositkan wang tunai bertanya kepada kami dan kami tidak mampu memberikan penjelasan," kata saya.
Mujur petang tadi, isteri Bob dimaklumkan, akaun semasa dibuka oleh Bob melalui Maybank2u telah diluluskan oleh bank sama.
Berikut nombor akaun terbabit.
Husni Mohd Rawi 5627-5966-7936.
Orang ramai boleh menggunakan akaun itu jika ingin membantu Bob.
HEBAHKAN
1 comments:
moga kesihatannya bertambah baik
Post a Comment