Elfira Loy Ganti Tempat Liyana Jasmay

Nampaknya pelakon, Elfira Loy sedang melangkah ke fasa baru apabila dia bakal menggantikan pelakon Liyana Jasmay sebagai wajah baru produk kecantikan, Maybelline.
Siapa sangka pelakon yang dulu dikenali sebagai pelakonkanak-kanak itu kini sudah meningkat remaja dan dilihat sesuai menjadi wajah terbaru untuk produk jenama berkenaan.
Menariknya Elfira Loy yang kini berusia 18 tahun ini bakal diperkenalkan sebagai wajah baru Maybelline dalam satu majlis yang akan diadakan di sebuah restoran terkemuka di ibu negara pada 10 Mei ini.
Malah, bagi merealisasikan pembabitannya itu, Elfira Loy telah disolek dengan beberapa gaya dan penampilan sesuai dengan usianya yang masih muda belia serta auranya sebagai selebriti popular tanah air.
Lihatlah saja beberapa foto promosi di dalam kad undangan yang portal murai.com.my terima dari pihak Maybelline ini. Menarikkan?
Namun, adakah gaya dan penampilan Elfira Loy lebih berkeyakinan pada majlis pengumuman itu nanti? Sama-sama kita nantikan Khamis ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story