KANAK KANAK TERDEDAH BAHAN LUCAH SEAWAL 11 TAHUN


Gambar Hiasan
LONDON 7 Mei – Satu kajian mendapati, kanak-kanak mula terdedah dengan pornografi pada usia seawal 11 tahun.
Perkara itu dikenal pasti apabila sesetengah daripada mereka boleh menghabiskan masa selama 10 jam sehari untuk menonton filem berunsur lucah.
Menurut pakar ketagihan dari Australia, Robert Mittiga, penggunaan telefon pintar dan komputer riba yang meluas merupakan satu daripada penyebab kepada ketagihan kanak-kanak terhadap bahan lucah.
“Kecanggihan teknologi masa kini menyebabkan kanak-kanak lebih mudah untuk mengakses media lucah menerusi Internet,” katanya.
Kajian tersebut menunjukkan, sebanyak 43 peratus daripada pelanggan pornografi kategori biasa mula didedahkan dengan imej lucah pada usia 11 hingga 13 tahun.
Kata Mittiga, terdapat juga beberapa pengusaha barangan lucah yang menggunakan medium kartun atau karakter buku kanak-kanak bagi menarik minat golongan muda itu.
Pakar ketagihan tersebut juga memberi amaran bahawa kanak-kanak 10 kali ganda lebih mudah untuk ketagih dengan bahan lucah berbanding orang dewasa, sekali gus mendorong kepada perlakuan jenayah.
“Terdapat sesetengah daripada pesakit kanak-kanak saya sanggup mencuri kad kredit ibu bapa mereka untuk melayari laman web lucah dan menggunakan talian telefon perkhidmatan seks demi memuaskan ketagihan,” ujarnya.
Penularan laman web lucah yang mudah diakses tanpa melibatkan sebarang sekatan turut menyumbang kepada berlakunya masalah ketagihan pornografi di kalangan kanak-kanak. – AGENSI

1 comments:

Nuzul Haziq said...

betul tu..skrg dh bnyk unsur lucuh didedahkan kpd kanak-kanak yg bwh umur ni..

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story