Mentega Golden Churn HALAL yang sebelum ini diharamkan bermula pada Ogos 2011, kini status Halal & Haram Mentega Golden Churn disahkan HALAL oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) selepas pihak JAKIM membuat pemeriksaan terhadap kilang pengeluaran Mentega Golden Churn di negara pengeluar, New Zealand.
Sudah pasti ini adalah satu berita gembira kepada semua penggemar kek terutamanya Kek Lapis Sarawak, al maklumlah selang berapa bulan lagi nak menyambut Hari Raya ‘kan. Mentega Golden Churn juga amat penting dalam Resipi Kek Lapis Sarawak dan rasa kek lapis Sarawak agak berbeza jika mentega lain digunakan.
Jadi, sekarang nie tak payah dah nak was-was mengenai status Halal Mentega Golden Churn, kerana ia sememangnya Halal. Taip bagi yang tidak berapa pasti dan masih berasa was-was, banyak lagi mentega yang lain selain Mentega Golden Churn nie untuk digunakan.
“Kami mengharamkannya sebelum ini adalah demi menjaga kepentingan orang Islam kerana meragui status halalnya.“Selepas diuji beberapa kali di sana kami mendapati sampel-sampel (mentega Golden Churn) lain tidak ada mengandungi DNA babi,” - Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman
Read more:
0 comments:
Post a Comment