Fizo Omar Jelaskan Hubungan Dengan Diana Nasir


Fizo Omar seorang pelakon “7 Petala Cinta” dan merupakan usahawan muda perniagaan serunding telah menerangkan gambar mesranya yang tersebar di lama sesawang baru-baru ini. Gambar mesranya bersama Diana Nasir (merupakan kakak kepada Anzalna Nasir) adalah cuma sebagai kawan biasa sahaja. Mereka tidak keluar berdua tetapi bersama dengan rakan-rakan yang lain bersama ke Litar Sepang.
Diana Nasir juga merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja.
“Saya dengan Diana hanya kawan biasa. Tidak lebih daripada itu. Ketika gambar tersebut diambil, kami bukan berdua-duaan sebaliknya ada rakan-rakan yang turut serta ke Litar Sepang tempoh hari. Kami tiada apa-apa hubungan istimewa dan hanya berkawan biasa.”
Jawapan macam ni jawapan selamat yang biasa kita dengar. Tapi biasa gosip-gosip begini yang menjadi kenyataan. Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story