Izham Tarmizi Tetap Sokong, Undi Adira



Sungguhpun sebelum ini penjaga gol pasukan Harimau Muda A, Izham Tarmizi pernah menafikan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Adira, namun ia tidak menghalang bagi jejaka manis ini untuk menyokong pelantun lagu Illusi di galaksi Mania.
Malah, Izham yang senang disapa dengan panggilan Miji tidak berselindung masih lagi berkawan baik dengan Adira.
Lebih berani lagi, Izham mengakui sering menyokong Adira dengan menghantar undian.
Pun begitu, Izham merahsiakan jumlah wang yang digunakan untuk mengundi Adira, sebaliknya, menyifatkan pelaburan itu berbaloi dengan perhubungan kawan baik.
“Apa guna berkawan kalau saya tidak meny
okong rakan sendiri. Saya dengan Adira masih lagi berkawan, sebab itulah saya sering menyokong dia dari belakang walaupun kami tidak berkesempatan untuk berjumpa.
“Adira sibuk dengan Mania manakala saya sibuk berulang alik ke Singapura untuk menempuh perlawanan yang telah ditetapkan.
“Apapun, setiap minggu, saya akan mengundi Adira,” katanya.
Dalam pada itu, Izham mengakui kagum dengan pencapaian Adira yang semakin bagus dalam Mania.
“Saya jarang sekali untuk melihat Mania secara langsung.
“Walaupun saya selalu melihat siaran ulangan saja, saya bangga dengan Adira yang semakin matang dalam membuat persembahan.
“Jadi, tidak hairanlah Adira layak kekal di pentas Mania. InsyaAllah, jika ada masa dan tidak bertindan jadual perlawanan nanti, saya akan datang untuk melihat persembahannya secara langsung.
“Corak nyanyian Adira sejak dari awal saya mengenalinya dengan sekarang jauh sudah berbeza.
“Mungkin, inilah kesan yang diperoleh Adira selepas mendapat didikan dari produser Aubrey Suwito,” jelasnya yang bakal berangkat ke Slovakia selama sebulan pada 17 Mei depan.
Ditanya sama ada dia mahu beraksi di pentas sebagai model undangan sewaktu persembahan Adira, Izham hanya mampu tersenyum tanpa sebarang jawapan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story