Tiada kata yang mampu dilafazkan apabila kanak-kanak ini diperlakukan dengan kejam oleh si pelakunya.
Sebagai manusia yang bertamadun, apa yang berlaku dalam video ini harus dipandang berat oleh kita semua terutama pihak berkuasa.
Kanak-kanak ini telah dipukul dengan bantal, ditendang, dicubit tanpa ada langsung belas kasihan dan simpati daripada insan yang bernama manusia, tetapi berhati iblis!
Menjerit-jerit kanak-kanak ini menahan kesakitan akibat daripada perbuatan tersebut.
Apakah si pelaku ini penjaga atau ibu kanak-kanak malang itu?
Jika ibunya, maka amat menyedihkan sekali untuk kita melihat kezaliman yang begitu menyentuh hati di kala baru dua hari kita menyambut hari ibu, yakni hari untuk insan yang paling mulia di hati kita.
Si pelaku mesti diheret ke muka pengadilan, si pelaku mesti dihukum!
Apa saja alasan tidak mungkin dapat mengjustifikasikan perbuatannya yang cukup memalukan ini.
Tukang rakam yang sekadar berkata-kata tetapi tidak membantu juga harus menerima pembalasan yang sewajarnya.
Berdasarkan perbualan dalam klip video ini, kemungkinan besar kejadian ini berlaku di negara kita kerana menggunakan bahasa tempatan.
Sedarlah, anak-kanak ini tidak berdosa, kalaupun ia berdosa, dosanya hanyalah kerana dia hanya mampu menangis dan tidak lebih daripada itu.
Justeru itu kami merayu sekiranya anda kenal dengan si pelaku dalam video ini, laporkan segera kepada pihak polis agar dia dapat diadili di atas kesalahannya itu.
Mungkin dalam kes ini, polis boleh memulakan siasatan tanpa menunggu sebarang laporan rasmi. Ini soal nyawa seorang kanak-kanak kecil yang tidak tahu mengadu, selain hanya reti menangis.
Semoga Allah merahmati kanak-kanak ini, maaf, kami tidak mampu berkata apa-apa lagi…
SEBARKAN
0 comments:
Post a Comment