[Gila] Kerana putus cinta lelaki sanggup cat kereta sendiri dengan pengecat kuku


Putus cinta kadang-kadang membuat orang tidak berfikir secara jernih. Banyak yang meluhkan perasaan dengan cara negatif, namun ada pula yang mampu menyalurkannya dengan dengan melakukan hal-hal yang positif.

Seperti yang dilakukan oleh seorang bekad pemain bola sepak semi profesional bernama David Sheath yang mengecat kereta Fiat 500 miliknya dengan warna merah muda @ pink dengan cat kuku.

Langkah yang dilakukan oleh pemuda berusia 28 tahun itu memang termasuk gila. Sebab untuk menyelesaikannya, David memerlukan131 botol cat kuku untuk mengecat sepenuhnya kereta kesayangannya itu.

Dan yang lebih gila lagi, pekerjaan yang dilakukannya ini disiarkan secara live di internet selama empat hari, dua jam dan dua minit. Kerana itulah tidak hairan bila David sampai harus tinggal dan tidur di sebuah studio khusus di Clapham, London Selatan.

Kini David sedang menunggu, apakah kerja gilanya itu dapat masuk ke buku rekod dunia untuk iklan terpanjang di internet.

"Saya baru putus dengan teman wanita dan saya berpikir ini akan menjadi cara yang bagus untuk boleh melewatinya," ujar David.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story