BERGELUT...dua anggota polis dibantu dan penguat kuasa DBKK bergelut dengan pondan terbabit.
KOTA KINABALU: Dua anggota polis dan seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa berhempas pulas hampir 15 minit sebelum dapat menyaingi kudrat seorang mak nyah yang cuba meloloskan diri, dalam Operasi Bersepadu di Kompleks Asia City, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, pondan terbabit yang berusia 22 tahun bersama seorang rakannya dihampiri dua anggota polis yang ingin menyoal siasatnya ketika menunggu pelanggan di tempat parkir kenderaan berhampiran kawasan itu.
BERKAS...beberapa pondan yang diberkas dibawa ke ibu pejabat JHEAINS.
Sebaik dihampiri polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu itu, mak nyah terbabit cuba melarikan diri dan mula bertindak agresif dengan meronta-ronta apabila hendak ditahan.
Biarpun cuba ditenangkan, mak nyah tetap berkeras dan masih cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dengan dua anggota polis yang cuba menahannya.
Insiden tarik menarik, pergelutan itu berlarutan hingga ke tengah jalan raya berhampiran Kompleks Asia City sumber .
0 comments:
Post a Comment