Yuna.com
Selepas berjaya muncul dalam program temubual terkenal Amerika Syarikat dengan diacarakan oleh Conan O’Brien, penyanyi wanita Malaysia, Yuna dikhabarkan bakal beraksi di pentas Festival Muzik Epik Lollapalooza pula pada Ogos 2012.
Melalui laman sosial Twitternya, Yuna sendiri memaklumkan dia akan membuat persembahan nyanyian dalam festival tersebut yang diacarakan pada 3 hingga 5 Ogos 2012 ini.
Secara tidak langsung, Yuna akan mewakilkan negara Malaysia dalam festival itu yang diadakan di Grand Park, Chicago iaitu lokasi rasmi semenjak tahun 2005 festival itu diadakan.
Mengikut sejarah festival tersebut, Festival Muzik Epik Lollapalooza adalah festival muzik tahunan yang menampilkan artis-artis dari pelbagai genre muzik dan bidang seni lain seperti rock alternatif, heavy metal, punk rock, hip hop, acara menari, dan juga persembahan komedi untuk mempamerkan bakat-bakat mereka.
Lollapalooza telah diasaskan oleh penyanyi Perry Farrel pada tahun 1991 dan telah berlangsung sejak tahun 1997 tetapi terkubur seketika hingga dihidupkan kembali pada tahun 2003.
Setiap tahun, acara festival itu mampu menarik jumlah peminat-peminat muzik yang ramai hinggakan tahun lepas sahaja, acara tersebut berjaya mengumpul seramai hampir 270 000 peminat-peminat seni di sana.
Tahun ini, Lollapalooza bakal menampilkan barisan artis seperti Black Sabbath, the Red Hot Chili Peppers, Florence and the Machine, At the Drive-In dan banyak lagi.sumber
0 comments:
Post a Comment