Uncleseekers ditahan polis, apa kesudahannya?


Blogger AkuTakPeduli melaporkan:
Aku menerima berita dari keluarga terapat baru kejap tadi yang blogger UNCLESEEKERS telah ditahan pihak polis di Balai Polis Senawang, Seremban lebih kurang jam10:30 malam tadi. Setakat ini itu saja yang diberitahu kepada aku dan tiada ulasan lanjut. - AkuPeduliApa
Negarakita.com pula melaporkan:
Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi malam ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ke Johor Bahru dibawa olih kereta polis.

Diyakini Uncleseekers akan dihantar untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru sementara "adik" masih ditahan di balai polis Senawang. - KerajaanRakyat.  

Akhirnya, mungkin dah tak tahan pasai isu Uncleseekers belasah kerabat Sultan Johor ni terlalu hangat di alam maya, pihak polis terpaksa jugak 'simpan' Uncleseekers ni. Tambah-tambah selepas ada laporan polis yang 30 individu buat hari Ahad lepas.

Ataupun, tak mustahil jugak ada 'arahan' dari pejabat Istana Sultan Johor' supaya Uncleseekers ni 'disimpan'. Tapi kalau dia ditahan pasai ada 'arahan' dari pejabat Istana Johor, takkan selepas dia tulis 64 siri baru pejabat Istana Johor keluarkan'arahan'.

Cuma isunya sekarang ni berapa lama UncleSeekers ni akan disimpan. Aku tak mahir langsung pasai undang-undang tambah-tambah lagi undang-undang pencegahan yang baru parlimen lulus baru-baru ni. Setakat yang aku tau polis boleh tahan sehingga 28 hari.

Aku harap takda 'kejadian yang tak diingini' masa dia dalam tahanan. Tapinya dengan 'kuasa' yang ada pada Sultan Johor dan kerabatnya aku langsung tak heran kalau Uncleseekers dibelasah teruk dalam tahanan.

Lagi satu, adakah blog Uncleseekers akan dipadam? Tapi kalau dipadam pun tak jadi masalah aku rasa pasai aku yakin dah ada yang tolong save artikel dalam blog dia tu terutama sekali 64 siri "Sultan Johor Atau Kerabatnya?" tu.

Harapnya kes Uncleseekers ni segera dibawa ke mahkamah. Tentu menarik kalau kes Uncleseekers ni dibawa ke mahkamah, tentu lagi banyak rahsia yang dia akan bongkar.

Apa pun, Uncleseekers kira beruntung jugak pasai undang-undang ISA dah dimansuhkan, kalau tidak tentu dah lama dia kena tahan di bawah ISA. Kalau kena tahan di bawah ISA tentu punya 'masak' dia kena 'belasah.

Updated. Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini]


Sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story