Kecewa Dengan Lelaki..Harisu Artis Korea Pertama Melakukan Pembedahan Tukar Jantina





Harisu adalah selebriti Korea pertama yang seorang transgender. Ia yang lahir dengan nama Lee Kyung Yeop memutuskan untuk menjalani pembedahan pertukaran jantina tahun 1995 lalu kerana tertekan oleh pandangan umum.

Lahir 17 Februari 1975, Harisu menjalani hidup sebagai lelaki dan masuk sekolah rendah dan menengah khusus lelaki. Namun saat itu orang-orang di sekitarnya sudah menyedari bahawa ia sering bertingkah laku seperti perempuan.

"Aku selalu jadi anak perempuan yang senang bermain dengan boneka," ujar Harisu dalam sesi wawancara bersama Chosun.

Suatu hari, Harisu jatuh cinta dengan seorang lelaki. Namun kerana lelaki berpacaran dengan lelaki sukar diterima masyarakat ketika itu, kedua-duanya pun memutuskan tidak melanjutkan hubungan. Sejak itu, Harisu ingin sepenuhnya menjadi perempuan.

"Ketika itu aku berusia 17 tahun. Awalnya aku tak mau jadi perempuan. Aku suka diriku dan aku pikir aku tak perlu berubah. Tapi aku jatuh cinta pada seorang lelaki dan ia tak menerima cintaku. Di situ aku tahu jika aku tak mengubah jantinaku, aku tak akan bahagia, "katanya pada Asiaweek pada 2001 lalu.

Harisu kemudian menjalani pembedahan pertukaran jantina pada 1995. Dilanjutkan melalui pembedahan payudara, hidung, dan pinggul di Korea dan Jepun sekitar tahun 1998.


Keputusannya tentu sempat ditentang keluarga. Hubungan dengan ibu bapa pun jadi renggang. Si ayah tak boleh menerima anak lelakinya harus berubah menjadi seorang perempuan. Namun lama kelamaan si ayah akhirnya boleh menerima. Harisu pun boleh kembali hadir di acara keluarga.

Sehingga sekarang ini Harisu adalah orang kedua di Korea yang secara rasmi diubah gendernya. Ia memutuskan meresmikannya 13 Disember 2002 lalu melalui mahkamah Incheon. Harisu pun mengubah nama lahirnya Lee Kyung Yeop menjadi nama perempuan Lee Kyung Eun.


"Hal yang paling memalukan dalam hidupku adalah ketika aku harus menunjukkan kad identitiku di hadapan umum. Aku tak boleh mempunyai pasport, visa, atau bahkan akaun bank sendiri kerana aku masih tercatat sebagai lelaki," ujarnya.

Harisu terkenal di dunia nyanyian pada tahun 2001 dan menerbitkan 5 album


Harisu berkahwin dengan Micky Jung tahun 2007 lalu


Kedua-duanya selalu tampak mesra dan bahagia setiap masa.

1 comments:

Anonymous said...

レイバン サングラスは暑い夏に、カバンに欠かないツールでしょう。紫外線を阻止できるだけでなく、寝不足に見える目や他人を見つめる目までも隠せます。もともとはどのようなカッコウでも構わず、一本のレイバン RB3025で変身できます。レイバン aviatorのどのモデルも変身できるでしょう。

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story