Uncle Seekers & Tengku Mahkota Johor?


Kalau dulu, Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah mengelarkan peneroka yang menolak penyenaraian Felda sebagai 'Haram Jadah'.. Kali ini Tengku Mahkota Johor pula mengelarkan Uncle Seekers sebagai 'Anjing'...

**************************
Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah Malaysiakini

Sebahagian komen rakyat Malaysia..




Lagi komen sila lihat di ( SINI )

1 comments:

Anonymous said...

Salam.
korang smua kalo marah mencarut x?ak rasa kalo time traffic jam org potong 'q' pun korang marah/mencarut dan maki hamun.tipu la kalo x.adat la,smua manusia akan react kalo dia terasa terancam.dlm kes ni TMJ terasa keluarga terancam.so dia buat la reaction.korang tau x cerita sebenar berlaku dlm Istana Johor.ni conflict keluarga di raja.bkn stakat perang takhta.ak tau la,sbb bapa mertua ak bekas pekerja Istana Johor.
Mmg x patut la TMJ tuh panggil org lain anjing,tp kalo korang panggil dia menatang tuh maknnya mentaliti korang pun sama je dua kali 5.Kita sbg umat Islam patut doakn kebaikan utk dia berubah,bkn sebaliknya.
Kalo kta jatuhkn sistem beraja Melayu,maknanya kta akan hilang identiti.Malay Monarchy is one of the oldest monarch in the world!Malah lg tua dr monarki England.
Kalo korang umat Islam yg beriman,patut tolak sistem demokrasi lakhnatullah!tolak politik!tolak ideologi2 manusia ni.ak mls nk sambung lg.korang pegi sini-->
http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/ smua jawapan kat sini.

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story