Saat ini bukan hanya alat sahaja yang menggunakan skrin sentuh (touchscreen), tapi restoran ini juga menggunakan meja touchscreen. Anda tidak sedang tertipu. Ya benar, touchscreen.
Inamo Restaurant yang terletak di 134-136 Wardour Street, London, Inggeris ini, benar-benar unik dan canggih. Meja makannya adalah touchscreen. Dari meja touchscreen ini para pelanggan restoran boleh menempah makanannya, menempah teksi, dan keperluan-keperluan lain.
Sekilas meja touchsreen tersebut terlihat bagai peranti iPad berukuran raksasa, tetapi sebenarnya meja touchscreen ini dikendalikan oleh sebuah projektor yang menyoroti semua gambar di atas meja dan mempunyai sensor gerakan tangan.
0 comments:
Post a Comment