Uncle Seekers ditahan polis atas dakwaan menfitnah Sultan Johor

Pengkaji aktiviti paranormal, Uncle Seekers (Syed Abdullah Hussein Al-Attas) dan dan Siti Nadhirah Mohd Zain telah ditahan di Plaza Tol Senawang sekitar pukul 9.45 malam Rabu.

Difahamkan Syed Abdullah telah ditangkap berikutan komen provokatif dan menyakiti berkaitan kerabat Diraja Johor dalam blognya, uncleseekers.blogspot.com.

Uncle Seekers adalah anak kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali dalam nama penanya 'Pak Habib'.

Uncle Seekers ditangkap polis

Sebelum ini beberapa laporan telah dibuat terhadap Syed Abdullah berhubung komen-komennya yang dianggap keterlaluan dan tidak sensitif.

Mereka ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan penulisan di dalam blognya, 'www.uncleseekers.blogspot.com' yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim di sini, Khamis. Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam Rabu di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1) di Akta Rahsia Rasmi 1972.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story