KUALA LUMPUR – Masalah penurunan paras air di Kolam Air Lapangan Terbang Subang sejak beberapa hari lalu hingga mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Subang bertambah kritikal.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, paras air di kolam tersebut menurus ke paras yang lebih rendah hari ini.
“Kolam Air Subang Airport ini mendapat sumber bekalan air menerusi Loji Rawatan air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).
“Penurunan paras kolam ini berlaku disebabkan permintaan bekalan air yang meningkat mendadak berikutan cuaca panas yang berterusan sejak kebelakangan ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Priscilla berkata, beberapa kawasan yang terjejas akibat fenomena tersebut adalah SS 12, SS 13, SS 14, SS 15, SS 16, SS 17, SS 18 dan SS 19 membabitkan kira-kira 15,000 akaun pengguna.
Kata beliau, Syabas bagaimanapun telah menyusun semula sistem agihan bekalan air termasuk mendapatkan bekalan untuk disalurkan ke kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air bersih tersebut.
Tambah beliau, Syabas turut menyediakan 10 lori tangki sebagai bantuan air kecemasan untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan.
“Pihak Syabas menerima 260 aduan berhubung ketiadaan air di semua kawasan yang terlibat setakat ini,” katanya lagi.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment