KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor mereka seperti yang dilaporkan di dalam akhbar.
Menurut TNB, anggota kerja atau kontraktor TNB yang sebenar diwajibkan berpakaian seragam syarikat berupa kemeja-T bewarna merah, berjaket biru dengan logo serta nama, ketika menjalankan tugas di premis pengguna.
“Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja (iaitu di luar rumah) dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB,” menurut kenyataannya hari ini.
Kakitangan TNB juga perlu menunjukkan kad kuasa (kad pengenalan diri sebagai pekerja TNB yang memaparkan gambar anggota kerja beserta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja), ketika mahu memeriksa meter di halaman rumah penghuni.
Akhbar semalam melaporkan penjenayah menyamar sebagai pegawai TNB menyamun kediaman warga emas setelah berpura-pura memeriksa perkakasan elektrik di rumah mangsa. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment