Selepas lebih tiga bulan membiarkan peminat dan para media ternanti-nanti, akhirnya pasangan yang suka kami gelar sebagai ‘Jay-Z & Beyonce Malaysia’, Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif Christopher, memperkenalkan putera sulung mereka, Ryan Sky Dalton untuk tatapan umum.
Ryan diperkenalkan kepada media dalam satu majlis khas yang berlangsung di restoran Neo Tamarin, Kuala Lumpur, hari ini.
“Alhamdulillah, hari ini adalah hari memperkenalkan intan payung gunung meletup kami (gelak), Ryan Sky Dalton. Ini kali pertama saya menjadi ibu dan kali kedua buat suami, Chris.
“Terima kasih kepada semua pihak media kerana menghormati keputusan kami. Ini juga pesan ibu saya, katanya biarlah bayi kami tu berusia tiga bulan, barulah boleh kalau nak bawa atau perkenalkan pada semua.
“Seronok menjadi ibu. Satu pengalaman yang kita tak boleh dapat dalam buku. Allhamdulillah, ibu saya dan suami banyak menyokong saya. Saya mungkin bukan lah ibu yang terbaik, tapi saya akan cuba memberikan yang terbaik,” kata Ning Baizura sewaktu di sidang media, sebentar tadi.
Pada majlis itu hadirin turut dipertontonkan klip video muzik terbaru Ning berjudul Pelangi Untukmu yang turut menampilkan anaknya itu.
Difahamkan selama ini, Ning hanya kerap merakamkan video gelagat Ryan di telefon bimbitnya untuk dikongsikan bersama suaminya yang kerap berada di luar negara atas urusan kerja.
Ning Baizura melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari 2013 pada jam 3.06 pagi dengan berat 3.47kg. Tambah bermakna, tarikh tersebut merupakan hari ulang tahun kelima perkahwinannya.
Dalam perkembangan lain, Ning Baizura juga baru menandatangani kontrak dengan Universal Muzik Malaysia sebagai artis rakaman. Khabarnya banyak perancangan yang akan disusun khas untuk peminat-peminat Ning Baizura.
Sumber: Malaysian Digest
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment