Review Filem: Adnan Sempit 2. JOM BACA!!


Dengan kejayaan luar biasa yang diraih filem ‘Adnan Sempit’, Pihak Metrowealth (MIG) kini kembali dengan ‘Adnan Sempit 2’.
Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan dibantu oleh Yana Samsudin, Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak dan pastinya filem Adnan Sempit 2 mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Watak-watak yang ditonjolkan juga mempunyai karakter yang berbeza dan berjaya di lakonkan dengan baik. Antara watak yang kami suka ialah of courseAdnan (Sam), Wawa (Yana) dan Bobby.
Secara keseluruhannya, filem Adnan Sempit 2 memfokuskan watak Adnan untuk fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi orang korporat dalam masa 30 hari setelah diberikan syarat oleh Datuk Ithnin (Tamimi Siregar – Ayah Nadia) sekiranya ingin berkahwin dengan Nadia (Intan Ladyana).
Adnan yang mengalami masalah untuk mengubah penampilannya meminta bantuan rakannya Bobby (Along Raja Lawak) untuk menjadi perunding imej dan akhirnya bobby mengeluarkan idea-idea untuk membantu Adnan dalam mengubah  imej dan bertutur dalam Bahasa Inggeris… Pelbagai gelagat ditonjolkan ketika Adnan bercakap english terabur. Penonton sering ketawa pecah panggung setiap kali Adnan speaking. Satu petanda positif kan?
Tetapi, disebalik komen-komen positif mengenai filem ini, terdapat juga kekurangannya. Sebagai contoh, Mr. RA merasakan babak kejar-mengejar antara Bobby dan Adnan tidak perlu walaupun ianya kelakar. Babak tersebut bagaikan tiada motif.
Adnan Sempit 2 merupakan sebuah filem aksi-komedi ringan yang sesuai ditonton untuk seisi keluarga.
Rating Paparazi bagi: 4.5/5
Sedikit sinopsis untuk bacaan anda:
Adnan dan Nadia telah mengharungi pelbagai rintangan untuk menjayakan hubungan mereka, malangnya ayah Nadia Datuk Ithnin tak merestui hubungan mereka. Datuk Ithnin meletakkan syarat supaya Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris serta mengubah penampilan diri dalam masa 30 hari.Adnan memang merasai susah nak bercakap dalam bahasa Inggeris telah meminta pertolongan Bobby(Along Cham) untuk membantunya. Wawa( Yana Samsudin) dan Bobby pulak ada masalah dalam hubungan cinta, Wawa merasakan yg Bobby ni tak berubah sikap dan masih macam dulu. Begitu jugak dalam hubungan Nadia dan Adnan.
Ayah Nadia telah mengatur rancangan untuk menggagalkan usaha Adnan untuk berubah dengan mengupah Fendi (Syuk Raja lawak-Balas) yang mengganggu Adnan, hinggakan Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan, ini kerana Fendi membawakan watak lembut, mestilah Nadia ni syak yang bukan bukan. Kredit to NurizSpace
kredit:ehartis

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story