KOMPLEKS CAMBELL - PENCAKAR LANGIT KUALA LUMPUR PERTAMA TERBAKAR TAPI TAK RAMAI YANG TAHU


Anda mungkin tak tahu, dan saya pasti ramai antara pembaca blog ini tidak pernah mengetahui akan kejadian ini.

Kompleks Campbell mula dibuka pada bulan Mei 1973 dan ia terletak di Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi). Bangunan yang dipunyai oleh mendiang Tan Sri Lim Thean Leong, pengerusi serta pengasas Bolton Berhad. Bangunan yang dianggap pencakar langit pertama di Kuala Lumpur ini mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat.



Kebakaran besar Kompleks Campbell adalah kes kebakaran yang terburuk pernah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia. Ianya telah berlaku pada 8 April 1976 iaitu hanya tiga tahun setelah Kompleks Campbell mula dibina, kebakaran tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah RM50 juta serta mengorbankan satu nyawa. Kebakaran ini mengambil masa lebih daripada 30 jam untuk dipadamkan oleh anggota bomba pada ketika itu.

Kejadian dikatakan bermula pada jam 10.30 malam dan api marak sehingga jam 2 pagi di bangunan yang menempatkan 180 kedai serta 20 tingkat bangunan pejabat. Kebakaran dipercayai akibat litar pintas.


Bangunan itu menempatkan Ibu Pejabat Bank Kerjasama Rakyat, Lembaga Latihan Persijilan Perusahaan Ketukangan Kebangsaan, seksyen akaun Pertubuhan Keselamatan Sosiol (Perkeso).

Akibat daripada kebakaran ini:
  • Persatuan Perlindungan Kebakaran Malaysia (FPAM) telah ditubuhkan pada tahun yang sama selepas insiden kebakaran besar tersebut.
  • Insiden kebakaran besar tersebut juga telah mendedahkan kelemahan dari segi aspek piawaian keselamatan bangunan ketika kebakaran serta kemampuan pasukan bomba yang terhad. Akibat daripada tragedi tersebut, satu undang-undang telah diluluskan bagi mewajibkan setiap bangunan tinggi mematuhi piawaian keselamatan kebakaran sebelum dibenarkan untuk didiami atau digunakan bagi tujuan komersial.

Sumber: Forum Cari dan Wikipedia

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story