Wanita jatuh dalam mesin pemotong batu


Malang tidak berbau..inilah yang menimpa seorang wanita
yang jatuh dalam mesin pemotong batu...


NANNING, China - Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa mesin pemotong batu selepas seorang pekerja mendengar jeritannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Chen Xiangjin tergelincir jatuh ke dalam mesin itu di sini baru-baru ini ke dalam timbunan batu menyebabkan kakinya tidak boleh bergerak.

Seorang pekerja yang mendengar jeritan wanita itu bertindak segera dengan menutup enjin mesin tersebut.

Wanita itu diselamatkan oleh beberapa anggota bomba dengan menggunakan tali bagi menariknya keluar dari timbunan batu dengan hanya mengalami kesan-kesan calar. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story