Bapa kesal tertembak anak bunuh diri


Semalam, akhbar melaporkan seorang bapa tertembak anaknya sendiri dengan dua das tembakan ketika bergaduh dengan isterinya. Hari ini, kerana kesal akibat tertembak anaknya itu, si bapa yang merupakan bekas anggota TUDM membunuh diri. Mayat lelaki itu ditemui terbujur berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, berhampiran pinggir Lebuh raya Utara-Selatan di Ipoh.

Bapa tertembak anak sendiri ketika bergaduh dengan isteri

Bapa tertembak anak sendiri ketika bergaduh dengan isteri bunuh diri - Terbakor
IPOH: Rasa kesal atas tindakan menembak anaknya dalam satu kejadian petang kelmarin, dipercayai menjadi punca bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.
Mayat lelaki itu ditemui terbujur berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, berhampiran pinggir Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
S Ravindran, 44, didakwa melepaskan dua das tembakan ke arah kaki anaknya, R Hariharen, 15, selepas bertengkar dengan isterinya di hadapan rumah mereka di Taman Panorama Indah, Gunung Rapat, di sini, jam 4.40 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, dia ditemui mati oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story