Isteri mati ditetak suami


Seorang wanita Indonesia berusia 34 tahun, Noviaryani ditemui mati di rumah sewanya kerana ditetak oleh kapak oleh suaminya sendiri. Polis turut menemui sebilah kapak yang digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa. Sebelum kejadian, mangsa yang juga suri rumah bertengkar dengan suaminya dalam bilik mereka yang disewa bersama tiga pasangan lain.

Suami kapak kepala isteri

Suami cemburu kapak kepala isteri hingga mati - Terbakor
SHAH ALAM: “Sebaik masuk dalam bilik, badan saya menggigil apabila melihat dia sudah tidak bernyawa dan tompokan darah memenuhi sebahagian bilik,” kata Poziah Supian@Supien, 56, jiran seorang wanita Indonesia yang mati dipercayai akibat dikapak suaminya sendiri.
Mangsa dikenali sebagai Noviaryani, 34, ditemui mati di rumah sewanya di Lorong Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, jam 9 malam kelmarin dan polis turut menemui sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga suri rumah bertengkar dengan suaminya dalam bilik mereka yang disewa bersama tiga pasangan lain sebelum suaminya dilihat keluar dan meninggalkan rumah dengan motosikal.
Poziah berkata, ketika berada di luar rumah, dia melihat suami Noviaryani atau lebih mesra dipanggil Ani, keluar dari rumah dengan membawa beg dan menaiki motosikal dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa berlaku di rumahnya.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story