Tiduri isteri sahabat, sk@nd@l terbongkar ketika mabuk

Dibelasah...
MIRI: Perbualan dua rakan sambil minum arak di sebuah rumah sewa di Riam di sini, kelmarin, berakhir tragedi berdarah apabila seorang daripada mereka menerima lebih lima jahitan di kepala akibat ditetak dengan kapak.

Kejadian jam 10.30 malam itu dikatakan berlaku apabila seorang daripada mereka secara tidak sengaja mendedahkan dia menjalin hubungan dengan isteri rakannya itu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa, seorang buruh binaan berusia 40-an, menjemput rakan sekerjanya ke rumah sewanya untuk minum bersama.

“Suspek yang juga berusia 40-an itu tiba di rumah rakannya itu seawal jam 9 malam, namun sejam selepas sesi meneguk arak, berlaku pertengkaran antara mereka apabila suspek secara tidak sengaja mendedahkan dia menjalin hubungan dengan isteri mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, pada mulanya hanya berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek, tetapi mangsa yang berang dengan pendedahan itu, memukul suspek.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story