Kerajaan China berang dan mengeluarkan teguran keras setelah sejumlah model berpakaian minimum hingga nyaris tanpa busana atas hadir di pameran kereta di Chengdu, awal bulan ini. Demikian dilaporkan Sydney Morning Herald, Selasa (11/9/2012).
Seperti ditulis Car News China, penganjur Chengdu Motorshow mendapat amaran keras kerana memaparkan model nyaris bogel yang berpose untuk kereta Kia, Citroen, dan Toyota.
Seorang model bernama Yan Yu, berpose untuk Camry, dirakam dan difoto ketika memperlihatkan dadanya. Sementara dua model Kia lain juga dianggap tidak sopan kerana menggunakan pakaian yang bahagian atasnya menunjukkan bahagian tubuhnya. Model lain mengenakan pakaian telus dengan warna kulit. Booth Citroen hanya mengenakan atasan dan stocking dengan tali dan mengundang perhatian.
Ini bukan kali pertama pameran kereta di China menarik kontroversi dengan model-model yang berpakaian sangat minimum. Hal yang sama juga berlaku pada penyelenggaraan pameran kereta di Beijing April tahun ini dan memaksa kerajaan China mengeluarkan teguran keras.
Perempuan Cantik Dan WOW Ini Buat Kerajaan China Marah Besar (Gambar)

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 comments:
Post a Comment