FASHA SANDHA MENGANDUNG, JEJAI YANG MENGIDAM



FASHA SANDHA MENGANDUNG, JEJAI YANG MENGIDAM | Berita Artis - Pelakon popular tanah air, Fasha Sandha mengakui dia tidak berapa mengidam untuk makan makanan tertentu seperti wanita hamil yang lain. Tetapi, suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih popular dipanggil Jejai lebih mengidam pelbagai makanan.

Namun begitu, Fasha Sandha kini sedang mengalami alahan yang sangat teruk sehingga termuntah apabila menggunakan ubat gigi. 

"Saya tiada mengidam apa-apa tetapi yang kelakarnya suami saya pula yang mengidam lebih. Dia mengidam hendak makan macam-macam sejak saya hamil ini. Namun begitu, saya kini mengalami morning sickness yang sangat teruk. Malah, sangat alah dengan bau dan rasa ubat gigi. Jadi, setiap kali gosok gigi saya akan muntah," ujar Fasha Sandha.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story